Jumaat, Ogos 12, 2016

PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob.

“Mengikut keputusan yang dibuat Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) akan buat samanlah (terhadap Sarawak Report). (Saman di) England ke…ikutlah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengucap selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Anggota Lembaga Tabung Haji Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Pada majlis itu, seramai 150 bakal haji menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.

Sejumlah 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Isnin lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report kerana berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

Pemilik laman portal tersebut dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat terhadap PAS itu adalah berdasarkan kepada "Kecurigaan Yang Meluas" pada ketika ini.

Kecurigaan itu diandaikan oleh pemilik laman portal tersebut apabila melihat kecenderungan PAS memisahkan diri dari Pakatan Pembangkang dan didakwa menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Dalam erti kata lainnya, dakwaan yang dibuat oleh laman portal Sarawak Report itu hanya berdasarkan kepada andaian dan kecurigaan yang tidak bersandarkan kepada fakta atau pun bukti yang sahih. Semuanya ikut sedap Kepala Lutut Si Rew-Castle tu je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Politik persepsi dn andaian...penuh fitnah. Saman je..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping