Nampak gayanya, PAS semakin hari semakin menjarakkan diri sebarang perencanaan puak Pakatan Haprak tu dan sekaligus membuatkan mereka terus dianggap sebagai 'Musuh Utama'.
Nak pulak dari kalangan parti PAN serta DAPigs yang menganggap PAS sebagai "Pemakan Dedak" kepada Barisan Nasional selepas pendedahan yang dibuat melalui portal Sarawak Report.
Kali ini, kedegilan PAS untuk menghantar peserta untuk menyertai perhimpunan yang bakal diadakan hari ini membuktikan parti itu tetap enggan tunduk kepada amalan Politik Pakatan.
Dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan semalam, PAS mengesahkan bahawa parti itu tidak menghantar peserta dan tidak terlibat dalam perhimpunan yang telah dijadualkan hari ini.
“Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri,” katanya ketika dihubungi FMT. |
Dengan kenyataan tersebut, maka sudah pasti kehadiran para peserta ke perhimpunan tersebut akan menjadi hambar dan mencacatkan jumlah angka penyertaannya secara keseluruhan.
Perkara itu tidak dinafikan kerana sebelum ini, hampir semua perhimpunan jalanan yang telah diadakan oleh puak Pakatan Haprak tu hanya bergantung harap kepada pengaruh PAS.
Bibit - bibit kehambaran itu dapat dilihat dengan jelas apabila usaha yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu cuba mengadakan 'Pra Perhimpunan' dihadapan Sogo tidak mendapat sambutan.
Maka secara kesimpulan mudahnya, tanpa penyertaan PAS, sudah pasti jumlah kehadiran dalam perhimpunan kali ini akan berkurangan dan gagal mencapai sasaran seperti mana yang digembar - gemburkan selama hari ini!!!
Semakin lama semakin bijak PAS. Alhamdulillah.
BalasPadamBagus Pas...jngn trpengaruh dgn politik mtlamat mnghalalkn cara. Brpolitik secara lebih sihat. Rkyat akan terima jua.
BalasPadam