Nampak gayanya, ketidak-sefahaman diantara pemimpin PKR dan DAPigs pada ketika ini tidak hanya berkisar kepada Politik semata - mata. Bahkan ianya mula melibatkan Ekonomi.
Jika sebelum ini, DAPigs mencadangkan agar kuota khusus untuk jawatan pengurusan di Petronas Sarawak bagi rakyat dari negeri itu sahaja dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Namun, cadangan yang dibuat oleh DAPigs itu telah dibantah oleh PKR yang mendakwa ianya akan membantutkan perkembangan kerjaya kakitangan tersebut bagi jangka masa panjang.
Rafizi itu yang pernah memegang jawatan dalam syarikat minyak negara itu berkata, rakyat Sarawak yang bekerja di peringkat pengurusan Petronas di negeri itu akan menghadapi kesukaran.
Terutama sekali jika mereka berhasrat untuk menukar jawatan atau menimba pengalaman di bidang lain dalam syarikat terbabit sekiranya cadangan yang dibuat oleh DAPigs dilaksanakan.
Kata Rafizi, ini kerana operasi Petronas Sarawak hanya meliputi operasi luar pantai dan berpusat di Miri serta kompleks LNG dan loji urea di Bintulu sahaja.
“Kesan ialah kakitangan Petronas dari Sarawak mendapat insentif jangka pendek untuk naik pangkat cepat dengan berebut jawatan pengurusan di Sarawak, tetapi rugi jangka panjang kerana tidak cukup luas pengalaman untuk menaiki tangga kerjaya di peringkat kumpulan Petronas yang lebih besar dan mencabar.
“Akhirnya, kita bakal berhadapan satu lagi masalah baharu, iaitu rungutan pengurusan peringkat tertinggi kumpulan Petronas ketandusan kakitangan berasal dari Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Pengerusi DAPigs Sarawak Chong Chieng Jen mencadangkan 70% kuota jawatan pengurusan dan pengurusan pertengahan di Petronas negeri itu dikhasnya kepada rakyat Sarawak.
Selagi sasaran tidak tercapai, ahli Parlimen Kuching itu menyarankan Ketua Menteri Sarawak menarik balik permit kerja dan menyekat kemasukan kakitangan Petronas dari Semenanjung ke negeri itu.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi itu memperlihatkan seolah - olah dia tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi DAPigs Sarawak itu sebelum ini.
Jika dilihat dari satu sudut, tindakan Si Rafizi tu seolah - olah dilihat cuba nak memberikan gambaran bahawa cadangan Pengerusi DAPigs Sarawak itu "Tidak Masuk Akal" dan hanya akan merugikan rakyat Sarawak semata - mata!!!
Dogs & Pigs Sarawak bodoh, tak tahu pasal oil & gas jangan masuk campur. Itu semua sekadar nak meraih sokongan politik.
BalasPadamBAKPO,GILO JENIH APO DOK BEREBUT JAWETEY DALEY SYARIKAT OREY.PETRONAS TU BUKEY SYARIKAT MOK BAPOK MUNG.
BalasPadam