Sabtu, Ogos 06, 2016

Memang hebat benar orang di Malaysia ni. Cerita pasal tudung pun boleh jadi viral dalam masa kurang dari tempoh 24 jam? Semuanya membuktikan kuasa yang ada pada media sosial.

Padahal ceritanya takde la sensasi sangat pun. Setakat cerita pasal tudung je. Pun boleh jadi viral sehingga ianya dikongsi dalam beberapa aplikasi media sosial termasuk Facebook dan Whatsapp.

Lewat petang semalam, pengguna dilaman media sosial telah digemparkan dengan satu kisah yang menjadi semakin hangat diperkatakan. Kalah cerita pasal DAPigs di Pulau Pinang.

Kisahnya mengenai seorang suami yang menerima mesej kiriman Whatsapp dari isterinya bersama gambar tiga orang wanita memakai tudung. Si Isterinya tulis, "Abang Pilih Mana Satu?"

Lalu Si Suami jawab dengan penuh yakin, "Awak pilih la yang mana berkenan. Saya tak kisah. Asalkan yang dapat jadi kawan awak sudah. Tapi saya pilih yang tengah. Nampak cantik."

Lalu isterinya membalas semula kiriman whatsapp tersebut dengan mengeluarkan bahasa yang tak berapa sesuai untuk dipaparkan. Cuma sekadar simbol *&*^$%$#$@&*(*) secara panjang lebar.

Maka Si Suami menjadi binggung lantas bergegas pulang ke rumah. Sesampai sahaja Si Suami di rumah, isterinya pun menjelaskan keadaan sebenar, "Saya suruh pilih tudung. Bukan pilih isteri!!!"

Moral dari cerita tersebut, jangan la cepat sangat salah sangka dengan apa yang disebarkan. Takut nanti malu diri sendiri. Dan tukang hantar berita pun, bagi la maklumat dengan tepat supaya orang tak salah anggap. Takut nanti, porak peranda jadinya!!! Hahaha!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping