Jumaat, Ogos 26, 2016

Dikala Pemuda lain mengajak anak muda menuju kejayaan seperti mana yang dilaungkan dalam azan, tapi lain pulak yang dilakukan oleh golongan pemuda PAN ni. Diorang dok sibuk menghasut.

Andai kata kalau diorang menghasut rakyat untuk bergerak menuju kepada perkara yang baik tahan juga. Tapi pemuda PAN ni menghasut rakyat untuk membebaskan seorang Peliwat.

Naib Ketua Pemuda PAN telah dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah menyebut kata - kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Si Ketua Penipu tu.

Hakim Shamsudin Abdullah dalam penghakimannya dilaporkan Bernama berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu kerana perkataan hasutan yang digunakan tertuduh mendatangkan kebencian dan ketidaksetiaan terhadap pentadbiran negara.
“Hukuman adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan mereka yang cenderung melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang dan mengambil kira kepentingan awam agar keselamatan tidak tergugat.
“Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan berkuat kuasa hari ini,” kata hakim itu kepada tertuduh yang juga bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd Fakhrulrazi, 38, sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dan menaikkan wang jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Fakhrulrazi, yang juga Ketua PAN Perak diarah membela diri pada 26 Mei lalu selepas mahkamah mendapati terdapat prima facie di peringkat pendakwaan.

Pada 8 Sept tahun lepas, Mohd Fakhrulrazi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu di hadapan Kompleks Sogo, No. 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, pada 4.30 petang, 21 Feb 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping