Jumaat, Ogos 26, 2016

Isu membabitkan rasuah Guan Eng tidak dianggap sebagai "Jenayah Agama" dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan mengikut pandangan Husam Musa. 

Bagi dia, golongan agamawan melihat 'good government' ini sebagai tanggungjawab yang dipisahkan daripada Islam sehingga ia tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' oleh pelakunya.
"Kita nak kejam mata sebelah. Jika ustaz-ustaz mendapat maklumat seluasnya mereka akan istigfar 100 kali, malah tidak ada seorang ustaz pun dalam Pas akan duduk diam," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai jenayah agama ini, Husam berkata, di dalam al-Quran banyak disebut pemimpin agama dikalangan Bani Israel membiarkan penyelewengan harta benda rakyat dengan tidak menegur pemimpin dan penguasanya, maka dikutuk Allah swt. 
"Selain al- Quran dalam hadis Rasullullah saw juga mengecam pemimpin masyarakat membiarkan amalan pecah amanah berlaku berleluasa.
"Pastinya golongan agamawan mempunyai kewajiban yang besar berbanding orang biasa seperti kita. Isu 'good government atau berkerajaan yang baik ini masih lagi agak asing bagi kebanyakan agamawan. 
"Mereka hanya melihat Islam sebagai hukum berkaitan ibadat dan kekeluargaan semata-mata, tetapi kes bernegara kurang diberikan perhatian untuk membincangkannya," ujarnya. 
Apakah punca berlaku keadaan ini dikalangan ulama? Bekas Naib Presiden PAS itu tampil memberikan dua alasan yang menjadi punca utama kenapa ianya berlaku, iaitu: 
"Pertama golongan agamawan belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai isu ini kerana kebanyakan bahan-bahannya disebarkan dalam bahasa Inggeris. Tetapi itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk golongan agamawan ini mencari duduk perkara sebenar yang berlaku. 
"Keduanya masalah kita antara kefahaman agama dengan konsep kenegaraan Islam ada jurangnya. Kebanyakan orang yang beraliran agama masih ada pemisahan sekular dan islamik yang menghalan mereka untuk bertindak dan menyuarakan pandangan.
Rakyat ternanti-nanti sikap agamawan Islam dalam isu rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana tanggungawab di bahu golongan agamawan PAN ini juga sangat besar.

Tapi malangnya mereka lebih suka melihat kesalahan orang lain dan tidak mengukur kesalahan sendiri terlebih dahulu. Apabila kes salah laku itu dibuat oleh kalangan mereka, mereka diamkan sahaja sambil membuktikan perjuangan Assobiyah mereka cukup kuat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Husam nk komen pasal agamawan konon. Klu buat projek yg gagal habis wang brjuta tu tak nak tanya agamawan plk. Dia ni perasan bijak la...tpi sbenarnya masih jahil.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping