Selasa, Ogos 09, 2016

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru petang tadi.

Menurut satu kenyataan daripada pihak Institut Jantung Negara, Bekas Perdana Menteri Malaysia itu akan diletakkan di bawah pemerhatian untuk beberapa hari lagi.

"Tun kini dimasukkan ke wad umum dan atas nasihat pakar perubatan, lawatan hanya dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja," demikian menurut kenyataan itu.
Categories:

8 ulasan:

  1. Bolehlah hangpa semua buat kenduri ya? Ramai dah dok minta sesuatu yang buruk terjadi kepada beliau dan mungkin doa mereka dimakbulkan?

    Buruk hati betul hangpa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang yg dok spekulasi .. Hang buruk sangka .. Hang tuding pada org lain .. Mapuih pi lah hang tu

      Padam
    2. Hang suruhla idola hang tu berehat..tubuh parti baru pun xguna selagi ALLAH xbagi rezeki..
      cukup2 la..suruh idola hang tu bawak anak cucu pi Mekah..bersihkan hati dr menyimpan dendan kesumat..ingat perancangan ALLAH amat hebat...sifat dendam adalah sifat syaitan..

      Padam
  2. Habis apa yang kamu nak kata sebenarnya??.....tengok tajuk diatas tu macam ada maksud lain je!!!.....muhasabahlah diri kamu kerana kematian tidak kira usia...

    BalasPadam
  3. Tengok tajuk dah nampak? Ngalahkan Pendita Za'aba mamat ni..

    BalasPadam
  4. Tok sah dok saling mengata la...nampak sangat buruk sangka. Yang sakit kita doakan biar sembuh. Selebihnya terpulang kpd Allah swt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betui, betui...betui..berbaik sangka lah...dapat pahala...jangan cari dosa. Muda tua...kalau allah minta pie jumpa dia..sesaat pun dia tak tunggu...minta ampun dan maaf lah sebelum meminta ampun didepan kubur dia...nak tamya sikit pernah hang masok dlm kaabah ka?...belom prrnah kan!...bersyukur lah apa yang ada...diri sendiri pun kena tengok juga,..tak dapat nak beza antara dia.

      Padam
  5. Pak Cik Arab Tukang Cuci tu kerap kali masuk dalam kaabah taklah di bermegah-megah. Masalah dengan orang Melayu ni depa suka sangat mendewata idola mereka.

    Tapi kot mana pun ada kaum yang bagi makan tuhan depa dengan buah plastik. Lagilah hebat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping