Selasa, Ogos 16, 2016

Siapa sangka pendedahan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam mengenai 'kekejaman'yang terpaksa dilaluinya telah diakui oleh Bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainuddin Maidin dalam satu artikel.

Artikel yang disiarkan melaluinya blognya, "Zam Kata" mendedahkan bahawa Tun Musa telah 'dibunuh' oleh gerakan sulit yang didalangi oleh "AIDS' sewaktu pentadbiran Tun Mahathir.

Kata Zainuddin, Tun Musa telah menjadi korban kepercayaan Tun Mahathir gara - gara nasihat dari 'Orang Kuat' Perdana Menteri pada ketika itu sehingga dia meletakkan jawatannya.

AIDS adalah singkatan nama kepada tiga pemimpin yang masing masing mempunyai cita - cita tersendiri dalam mendekati Mahathir iaitu Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid.

Antara lain, Zainuddin mendedahkan bahawa setiap gerakan yang dilakukan oleh Tun Musa telah didedahkan kepada kumpulan "AIDS" ini yang kemudiannya mula menghasut Tun Mahatir.

Malah, pendedahan mengenai 'Dua Orang luar' UMNO yang dibawa masuk dengan dulang perak (Silver Plated) telah menggelapkan masa depan Politik Tun Musa serta Tengku Razaleigh.
"Tidaklah boleh dinapikan penyertaan dua orang luar ke dalam UMNO atas jemputan Mahathir iaitu Daim dan Anwar telah menggelapkan masa depan Musa Hitam dan juga Tengku Razaleigh kerana banyak tugas penting dan projek besar diserahkan kepada mereka," dedahnya didalam blog.
Dan dalam masa yang sama, Zainuddin juga mendakwa Tun Mahathir mudah mempercayai dakyah pembohongan yang dibawa oleh kumpulan tersebut sehingga melibatkan pihak media.
"Mahahtir mempercayai Musa mahu menjatuhkannya dan beliau membunuh harapan musa ini pada pandangan umum dengan mengarahkan pegawainya supaya akhbar-akhbar  tidak menggunakan rujukan 2M yang menampakan gandingan rapat dan serasi  MusaMahahtir (MM)," jelasnya lagi.
Kata Zam, yang tersembunyi disebalik gerakan senyap  ini ialah cita - cita Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid untuk menjadi Perdana Menteri dan Daim sebagai King Maker yang tersembunyi.

Dari satu sudut, pendedahan yang dibuat oleh Zainuddin Maidin ini jelas menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam sebelum ini adalah benar. Maka persoalannya, apa pula tindakan Tun Mahathir selepas ini???
Categories: ,

3 ulasan:

  1. madir?? dlm lipatan sejrah dah..x relevan dan harap supya madir beli album wings gilaa harta gila nama gila babiiiiiiii

    BalasPadam
  2. Hampa baru tau siapa Madey. Itu belum cerita Midin lagi. Lagi baik Jika Parti Peribumi itu jadi Persatuan Alumni Peribumi, himpun kembali dalang2 politik veteran yang telah melakar Potret Mahathir The Great.

    BalasPadam
  3. Eloklah tun rehat...dok diam2...bnyk istighfar atas segala kesilapan yg lalu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping