Isnin, September 05, 2016

Bila ramai orang berbicara mengenai 'Pengkhianatan' yang telah dilakukan oleh Husam terhadap PAS, ramai pulak totok - totok PAN yang menyindir bekas parti pemimpin tersebut.

Ada dikalangan mereka mendakwa kononnya tindakan pemimpin PAS memperbesarkan cerita pasal Si Husam tu menunjukkan yang kepimpinan parti tu 'Takut' dengan pemimpin tersebut.

Walhal, ramai yang bersuara mengecam Si Husam tu bukan atas alasan dia masuk parti baru. Sebaliknya mereka kecam tindakan Husam mempergunakan nama Allahyarham Nik Aziz.

Jika semalam, kita dah pun membuat ulasan mengenai taktik Politik JIJIK dan KEJI yang menjadi amalan Si Husam tu. Malah tindakan itu juga seolah - olah tidak menghormati TGNA.


Bahkan sebelum ini juga, anak kepada Allahyarham Nik Aziz tu juga turut tampil dan menyindir tindakan Husam menjaja nama ayahnya demi untuk meraih sokongan simpati murahan.

Kali ini, tiba giliran Dewan Ulama PAS pulak membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Mantan Naib Presiden PAS ni dengan mendakwa ianya tidak selari dengan pendirian Nik Aziz.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali, ajaran yang diamalkan oleh Allahyarham Nik Aziz, adalah menyeru ahlinya supaya istiqamah dan taat kepada parti.
"Tindakan Datuk Husam tidak selari dengan apa yang dididik oleh Tok Guru Nik Aziz. Jangan mengaku dia seorang sahaja anak murid (Nik Aziz) ramai lagi, ada ratusan ribu anak murid Nik Aziz yang istiqamah dengan PAS.
"Kalau dia (Datuk Husam) ikut jejak langkah (Datuk Seri) Nik Aziz, beliau seorang yang konsisten dengan sistem syura dalam jemaah dan komited dengan sistem ketua mesti diikuti dan ditaati, serta menjaga keharmonian berjemaah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu dibuat bagi mengulas dakwaan Husam kononnya bahawa lebih ramai penyokong PAS akan menyertai PAN sekiranya Nik Aziz masih hidup.

Apa yang pasti, Si Husam tu dah membuat pilihannya untuk menjadi Barua DAPigs. Tapi amalan Politik menjaja nama orang demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri tu yang tak boleh diterima. Apatah lagi mempergunakan nama orang yang dah mati!!!
Categories: , ,

13 ulasan:

  1. Bak kata TG Hadi..barua barua sekarang chukop banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan RAGU dan geng hantam 90 dari najib terus senyap sepi...ahli2 pas mati2an lawan umno tapi kena tipu dengan politik sejahtera. Hadi..

      Padam
  2. Isu perebutan tanah pimpinan PAS - Fatah hanya broker sahaja?
    PEREBUTAN TANAH (Bhg4)
    Hendak sambung cerita perebutan tanah di pinggir Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas, antara tiga orang pemimpin parti agama (Pas). Ceritanya makin menarik dan berbagai versi mengenai kisah tanah berkenaan. Yang jelasnya, tanah itu kini sedang dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik dikendalikan oleh syarikat perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

    Latar belakang mengenai tanah berkenaan rasanya sudah sedia maklum, cuma untuk mengesahkan mana satu versi yang benar. Saya mendapat maklumat dari berbagai-bagai pihak dan membuat analisa mengenainya. Terbaharu versi daripada salah seorang yang terlibat dengan "skandal" itu. Individu berkenaan menelefon saya sendiri pada19 Ogos jam 3:38 minit petang dan membuat penjelasan dari sudut matanya untuk membela dirinya.

    Katanya; "kalau setakat Husam sahaja bercakap fasal tanah berkenaan saya tidak ambil kisah, tetapi bila anta (MSO) tulis dalam blog saya kena bagi penjelasan sedikit untuk tidak mengelirukan pembaca, tulisan anta ada wibawa," katanya. "Dan enta kena tulis hak yang sebenar," ujarnya lagi. Saya memang menanti "kedatangan" individu atau mana-mana individu terlibat dalam perebutan tanah berkenaan sekurang-kurangnya saya dapat cerita sebenar di sebalik perebutan itu. 
    Dalam kes seumpama ini (yang boleh menjejaskan kredibiliti parti dianggotai individu bekenaan  (Pas) dan menjadi persoalan rakyat), versi-versi berbeza daripada pihak mana yang kita perolehi. Tiga pihak yang menjadi sorotan dalam isu itu secara langsung ialah Abdul Fatah Haron, Mustapa Ali dan Abdul Halim Abdul Rahman. Untuk pengetahuan Abdul Halim dan Abdul Fatah pernah berkolaborasi dalam apa disebut Hikayat Tiga Abdul awal tahun 1990an dulu bagi menyingkirkan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan.
    Individu yang menghubungi saya itu menjelaskan apa yang kononnya benar, sekaligus memberi pencerahan terhadap apa yang dilaporkan. Individu itu terpanggil untuk menghubungi saya kerana dalam catatan sebelum ini memberi gambaran dalam kasus itu dia diburukkan oleh pihak lain. Saya sedia dan sangat berbesar hati atas kerjasamanya kerana itulah yang saya harapkan.
    Beliau telah menjelaskan latar belakang kasus (kes) tanah berkenaan. Dalam penjelasannya ada perbezaan dengan cerita yang diketahui sebelum ini. Misalnya nilai tanah itu yang dibayar kepada pihak bank bernilai RM1 juta, bukan RM180,000 seperti mana didakwa oleh seorang hartahanah yang juga bekas wakil rakyat Pas Kelantan.
    Menurutnya memang pada mulanya tanah itu "diperega" (nilai) RM100,000 sahaja. Bagai mana pun selepas pihaknya membayar, tuan asal tanah itu tidak berpuas hati menyebabkan dibuat penilaian semula. Hasilnya ditambah sebanyak RM900 ribu menjadikan jumlah RM1 juta.
    (Dari versi terbaharu harga itu dinaikan kerana tawaran pertama dibuat tidak mengikut prosuder yang betul, di mana lelongan itu tidak melalui bahagian tander pejabat penilaian kerajaan atau penilai bertauliah. Jadi apabila ia dibuat penilaan oleh Pejabat Penilaian Kerajaan (bertauliah), itulah nilai tanah itu tambah menjadi RM1 juta).
    Gara-gara itu, menurut individu berkenaan, pembeli itu, Abdul Halim, Mustapa Ali dan Wan Othman, terpaksa mencari duit tambahan RM900 ribu. Untuk dapatkan duit ini menimbulkan masalah kerana masing-masing ketika itu, kata individu berkenaan orang Pas semua "sesak" (tidak ada pitis). Bagaimana pun kerana "sayang" kalau tanah itu terlepas, mereka (pembeli tanah itu) berusaha mendapatkan wang RM900 ribu.

    BalasPadam
  3. Kata individu berkenaan Abdul Halim menjual kilang batu batanya di Bukit Panau, dia sendiri menjual tanah untuk mengenapkan RM900 ribu?  Betulkah kerana isu kilang bata Abdul Halim itu telah menjadi isu kontroversi yang menyebabkan ia diselamatkan agar tidak memberi impak kepada kedudukannya sebagai wakil rakyat dan juga TMB?
    Tidak diberitakan pula Allahyarham Wan Othman menjual apa? Mungkin dia mengeluarkan wang simpanannya sendiri kerana Wan Othman dikenali sebagai orang berada.
    Dalam versi individu berkenaan tidak timbul cerita wang atau pembelian tanah itu menggunakan wang parti? Apabila saya tekan tanya apakah parti tidak terlibat mengeluarkan wang seperti mana menurut satu perawi, individu berkenaan mulanya berkata "tidak",  kemudian menjawab semula dengan mengatakan adalah sikit-sikit.
    Sekali lagi diulangi di sini sekiranya pembelian itu tidak melibatkan wang parti, terutamanya wang Harakah, elok kalau para pembeli tanah berkenaan membuat pengistyharan bahawa pembelian tanah itu bernilai RM1 juta menggunakan wang masing-masing. Seperti mana disebut sebelum ini penjelasan penting bagi tidak mengeliru dan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai yang pembelian tanah itu menggunakan wang parti tetapi akhirnya dimiliki oleh individu.
    Bagi saya timbul sedikit kepelikan kalau benar tanah itu dibayar dengan wang sendiri, kenapa selepas sebahagian tanah itu, (kira-kira 200 ekar) dijual kepada Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) kenapa sedikit wang diberikan kepada parti. Menurut individu berkenaan sebanyak RM500 ribu diberikan kepada Pas Kelantan, wang itu diberikan terus kepada Nik Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Apakah pemberian wang RM500 ribu itu kerana pembelian tanah itu menggunakan wang parti?
    Apakah pemberian itu menandakan begitu baik dan zuhudnya pemimpin Pas?
    Sementara dari versi lain pula berpendapat dan mengesahkan memang wang penjualan tanah berkenaan diberikan kepada Pas untuk perbelanjaan pilihan raya untuk tahun 2008?  Menurut sumber berkenaan yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Pas Kota Bharu, sebahagian tanah itu dijual untuk buat belanja pilihan raya pada tahun berkenaan?
    Mengenai kedudukan Abdul Fatah Haron berkaitan tanah itu, individu berkenaan menjelaskan Fatah tidak terlibat mengeluarkan wang walaupun satu sen pun. Kerja Fatah katanya hanya menguruskan pembelian tanah berkenaan dan termasuk urusan-urusan lain.
    Individu itu menjelaskan demikian apabila ditimbulkan persoalan kenapa Abdul Fatah membuat injuksi ke atas tanah berkenaan? Apakah dia mempunyai lokus standi? Jelasnya lagi, Fatah tidak pun berhak mendapat apa-apa, sebaliknya orang yang lebih berhak untuk mempersoalkan mengenai tanah berkenaaan ialah orang bernama Muhammad Ibrahim. "Pak Mat inilah yang layak mempertikaikannya?" katanya. Siapa dia Muhammad Ibrahim ini? Tunggu nanti kita akan cuba menemuinya.
    Individu berkenaan menempelak Abdul Fatah dalam hal tanah berkenaan tidak lebih dan tidak kurang sebagai broker sahaja. Dan bila ditanya apa jadi dengan injuksi dibuat Fatah itu, individu berkenaan berkata ia akan dijawab dan "afidavit" balasan sedang diproses. Bersambung. [wm.kl. 8:15 am 05/09/16]
     
    Mohd Sayuti Omar

    BalasPadam
  4. Dewan alamak senyap dan bisu kes Hadi dan alamak PAS dituduh terima duit haram dari najib sebanyak 90juta..telor alamak pun kena cabut oleh Srawak Repot?..atau dah kenyang..patut laa nak sangat singkir G18..

    BalasPadam
  5. Siapa itu lelaki bernama Husam Musa
      Berikut adalah sebuah catatan ringkas oleh Syam Ghaz, Setiausaha R yang menerangkan Siapa itu lelaki bernama Husam Musa.
     Menurut pengakuannya, Syam Ghas ini bukan anak usroh Husam Musa, apatah lagi anak buah dan saudaranya. Beliau menulis daripada pemerhatiannya.
     Kebetulan pula, catatan (khususnya yang kelima) Syam Ghaz ini walaupun telah ditulis seawal September 11, 2013 lalu, ianya amat menarik untuk sama-sama kita renung dan mengimbal tuduhan 'Jahil Agama' yang dilontarkan kepadanya oleh Hj Hadi.

    HUSAM MUSA YANG KU KENALI - Syam Ghaz
      September 11, 2013 : Mula mengenali beliau sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, hingga digelar "newsmaker" oleh Malaysiakini kerana kebijaksanaan beliau mengutarakan isu-isu di Parlimen. Waktu tu aku jadikan dia sebagai 'Benchmark' dalam gerakan jemaah.

      Alhamdulillah bertuah selepas tamat pengajian, dapat tawaran kerja di Pusat Kajian Strategik (PKS), waktu PAS berada dalam keadaan majoriti 1 Kerusi, kritikal dan bila-bila masa Kerajaan boleh bertukar tangan.
     Peranan aku bersama rakan dari Tabung Amanah Tok Kenali (pada waktu itu Pengarahnya Saifuddin Nasution Ismail, boleh dikatakan waktu paling cemerlang TATK adalah pada zaman kepimpinan beliau) pada waktu tu adalah program Bunyanum Marsuss aka Tamrin Pimpinan diseluruh DUN di Negeri Kelantan, yang diketuai oleh Mantan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussein yang dulu merupakan rakan sepejabat dan mantan Setiausaha Politik TGNA iaitu saudara Hj Anual Bakri, hendak lihat kehebatan beliau lihatlah kejayaan beliau semasa menjadi SUP.
     Nadi utama program tersebut adalah arwah Ustaz Wan Jamil dan arwah Ustaz Yahya Othman, Al-Fatihah untuk mereka berdua. Program ini sangat berkesan dan impaknya boleh dilihat kepada kekuatan Jentera PAS semasa PRU12, dimana PAS menang 40 kerusi (kemudian kalah satu di DUN Galas pada PRK) daripada hanya 24 kerusi (kemudian tinggal 23 selepas kalah di Pengkalan Pasir), pertambahan 16 kerusi. Di belakang tabir program ini adalah Dato Husam Musa, yang mana Saifuddin Nasution adalah rakan rapat beliau. Melihat kepada kebijaksanaan mereka berdua pada waktu itu, boleh dikatakan mereka seperti dua butir permata untuk PAS Kelantan selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
     Kedua perananku adalah untuk mengendalikan Kajian Prestasi DUN/Parlimen di seluruh Kelantan, dari sini aku dan rakan-rakan terpaksa turun membuat kajian prestasi YB di setiap DUN. Disinilah ku kenal setiap orang "Tok Wakil PAS", pandangan pengundi kepada pimpinan dan kerajaan Negeri, kekuatan jentera dan dun/parlimen mana yang 'pick up' buat kerja parti. Daripada sini, ku tahu macamana Husam Musa kerja di DUN Kijang, DUN yang dianggap paling lemah dalam Parlimen Pengkalan Chepa, daripada DUN paling lemah, selepas dikendalikan oleh beliau, DUN Kijang menjadi antara DUN 'Top 10' terbaik dari segi kerja-kerja politik, jentera dll. Dan tidak terkecuali DUN-DUN lain, dari sini ku kenal siapakah "tok wakil" yang buat kerja dan tidak secara terus dari mata rakyat, jentera dan orang awam.

    BalasPadam
  6. Ketiga berkaitan projek-projek Ekonomi Baru yang akan dibuat di Kelantan, pada waktu itulah muncul Projek Gaharu, Projek Dinar Emas, Projek Kifalah, Projek Kambing Jamnapari dan penubuhan PMBK Sawit dengan mengambil alih tanah FELCRA yang sehingga kini berjaya menyumbang lebih RM49 juta kepada Kerajaan Negeri dan PMBK serta anak-anak syarikat lain. Dari mana ia datang dan kenapa ia hadir? ku tahu apa yang terjadi di belakang tabir. Idea untuk memenangkan PAS Kelantan pada waktu PRU12 itu banyak datangnya dari "mat buku" si Husam Musa dengan disokong padu oleh sifu beliau yang tidak lain dan tidak bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tidak dinafikan sumbang dari Exco dan YB2 lain. Projek tersebut adalah benda baru yang mematikan serangan UMNO Kelantan pada waktu itu yang amat agresif menyerang Kelantan dan projek-projek tersebut memberi kesan signifikan kepada kemenangan besar PAS Kelantan pada PRU12. Kejayaan terbesar projek projek diatas adalah menyelamatkan PAS Kelantan yang pada waktu itu 'nyawa-nyawa ikan' selepas PRU11 dengan tidak menafikan sedikit sebanyak kelemahan yang berlaku dan boleh dibaiki.

     Keempat, ku kenal Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri adalah majikan aku pada waktu itu (pasca PRU11-12). Secara jujur dan ikhlas ku katakan,aku respek cara kerja Husam Musa dan aku boleh bandingkan cara kerja Exco-Exco lain, hingga aku jadikan Husam Musa adalah "Benchmark" aku dalam profesionalisme kerja harian. Ideanya cukup kritis dan kreatif, hanya yang mahu terus maju kehadapan sahaja yang akan menjiwainya.
     Kelima dan terakhir sebelum sambungan pasca PRU12, bagaimana peribadinya? Yang ku kenali beliau walaupun bukan seorang "Ustaz" tetapi beliau adalah anak kepada seorang Tok Guru Hj Musa, yang cukup terkenal pada zaman dulu. Mulutnya sentiasa lekat dengan bacaan Al-Quran dan wirid-wirid, perbualan dengannya tidak memburukan orang dan ceramahnya tidak menyerang peribadi atau memburukan orang lain. Rumahnya penuh dengan buku-buku hingga bukunya terpaksa diletakkan di Pustaka Az-Zahra akibat tidak muat dirumanya di Kg Kota, sampaikan jika aku ingin membaca buku-buku yang dibacanya aku terpaksa ke Pustaka Az-Zahra. Jika anda tak percaya, naiklah kereta dengan beliau, beliau hanya bercakap benda yang perlu dan nak dibincangkan sahaja, lepas tu beliau akan baca ayat-ayat Al-Quran. Jika yang tidak mengenali peribadi beliau mungkin akan mengatakan beliau ni "agah", tetapi selepas mengenalinya beliau adalah sebaliknya, jika tak percaya lihatlah sikapnya dengan rakyatnya di DUN. Berkenaan ilmunya, jika anda hendak menilai beliau pergilah semasa Kuliah Ilmu hari Jumaat sewaktu beliau mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang paling ku minat bila beliau tafsir Surah Yusuf. Ataupun jika ada mana-mana yang ingin mempertikaikan ilmu dan keupayaan beliau dari sudut agama, mungkin kita boleh adakan debat, wacana, diskusi, seminar dll untuk beliau bentangkan dan sama-sama kita nilainya. Ilmunya dari mana? Daripada ayahnya, daripada murabi kita semua, beliau adalah salah seorang anak usroh kesayangan arwah Ustaz Yahya Othman, daripada TGNA, daripada Alim Ulama yang beliau kenal di peringkat Malaysia dan Antarabangsa, lihatlah jaringan ilmu dan hubungan beliau dengan alim ulama besar yang beliau kenali untuk mengenali beliau.
     Akhirnya, Rasulullah SAW adalah idolaku sepanjang hidupku, Tok Guru Nik Aziz adalah ikon hidupku dan Husam Musa ku jadikan Benchmarkku dalam gerak kerja aktivisme dan ngo-ngo besar yang ku dan rakan2 kendalikan. Ilmu dan cara kerja daripada budaya kerja Husam Musa, ku terapkan dalam sebuah ngo bernama "R", yang umurnya baru setahun jagung tetapi sudah sebaris dengan ngo-ngo besar seperti BERSIH, ANTI LYNAS, ANAK dan berjaya memberikan impak besar pada PRU13 lalu.
     Tulisan ini tiada niat untuk menaikan sesiapa, apatah lagi menjatuhkan sesiapa, aku hanya berkongsi pemerhatianku kepada seorang insan bernama Husam Musa yang Ku Kenali. Kini beliau tidak dan Tok Guru Nik Aziz tidak lagi berada dalam saf Exco Kelantan,

    BalasPadam
  7. Komen al-Husseyn :
      Moga akan ada mana-mana pihak yang akan berusaha untuk menganjurkan pertemuan antara Hj Hadi vs Husam Musa.
      Beri p3eluang Hj Hadi  yang melabel Husam sebagai 'Jahil Agama' agar dapat membuktikan kebenaran tuduhannya itu di khalayak ramai diatas satu pentas bersama Husam Musa.
     Sila adakan debat, wacana, diskusi, seminar;  supaya orang ramai dapat menilai sejauh mana benarnya tohmahan Hj Hadi tersebut.
    Alhusseyn Alhusseyn pada 8:13 am

    BalasPadam
  8. Pembohongan Ust. Nassarudin Daud.....dah jadi sinonim dengan puak merekakah?
    SUNDAY, SEPTEMBER 04, 2016
    Dedah pembohongan Ust Nassarudin Daud, Exco Kelantan

    Selepas tukar bendera,sekarang di cat warna oren..

      Apabila pas pecat Dato Husam dari parti lamanya, Husam pun ambil semula bangunan yang gah dan cantik yang selama ini Husam beri PAS guna buat pejabat bertahun-tahun lamanya...

      Bendera Amanah dinaikan menggantikan bendera parti lama.Bangunannya dicat warna oren, iaitu warna Amanah menggantikan yang hijau...

     Tetiba lebai Pas yang tak tahu kenang jasa yang selama ini menumpang percuma di bangunan tersebut memfitnah bahawa Husam merompak bangunan PAS? Memang melampau dan tidak senonoh sunggoh!

      Ustaz Nassarudin Hj Daud, Adun Meranti yang merupakan exco kanan Kelantan telah mendakwa bahawa tanah Pusat Khidmat Adun Salor, Kubang Krian, Kelantan itu adalah milik Pas.

       Menurut Nassarudin, tanah yang asalnya milik kerajaan itu kemudiannya diserahkan menjadi Pejabat Dun yang diwakili Dato Husam Musa.

      Menyangkal dakwaan tersebut, En Ibrahim bin Sulaiman (gambar) anak saudara kepada Pn Minah, pemilik asal tanah pejabat Dun Salor itu,  telah menjelaskan status tanah tersebut dengan terperinci dengan mengemukakan salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini.

      Menurut maklumat, En Ibrahim yang ditemubual, bahawa pemilik asal tanah tersebut ialah Pn Minah binti Musa. Didaftarkan: Tahun 1960. Jadi Hak Milik: Tahun 1961

      Kemudian ianya menjadi milik kepada Pn Saripah binti Dollah pada tahun 1993. Puan Saripah ialah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Dato Rosli telah menyerahkan tanah tersebut kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

      Jadi jelas bahawa dakwaan Ust Nassarudin bahawa tanah tersebut kepunyaan Pas adalah bohong.

     Dan bahawa tanah tersebut adalah milik Kerajaan negeri yang kemudiannya diserah untuk dijadikan Pejabat Dun Salor sebagaimana dakwaannya juga adalah bohong.

      Tanah tersebut adalah milik persendirian yang telah diserah oleh tuan tanah tersebut  kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

       Ternyata apa yang Dato Husam Musa katakan bahawa bangunan tersebut adalah hak miliknya adalah benar.

     Ayuh kita sama-sama menyertai kebenaran dan jangan terus diselubungi dengan pembohongan dan kepalsuan. SERTAI AMANAH UNTUK BUAT PERUBAHAN.

    Nota : Untuk salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini, sila klik di sini

    Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada

    BalasPadam
  9. Husam taik...guna nama arwah tgna nak cari sokongan konon. Itu tandanya kau tak dpt sokongan. Siapa la yg bodoh nak ikut jejak kau.

    BalasPadam
  10. DITAHUN2 TERAKHIR KEHIDUPAN TGNA,MAMAT NI LAH YANG DOK CUCUH PUNGGONG TGNA DENGAN KAROK SUPAYA BERPELOK CIUM DENGAN LKS DAN KAPAL SINGKI.

    BalasPadam
  11. MCA tetap tolak pindaan Akta RUU 355

    SHAH ALAM - MCA menjelaskan bahawa mereka kekal dengan pendirian untuk menolak pindaan Rang Undang-undang Akta 355 yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

    Ketua pasukan perlansanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat, Gan Ping Sieu berkata, pindaan tersebut dipertikai masyarakat bukan Islam memandangkan terdapat agenda tersirat yang dibawa berhubung pelaksanaan itu.

    "Bukan saja persepsi tapi secara realitinya, ini satu yang membimbangkan keseluruhan rakyat kita," katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri 41 - Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi yang diadakan di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), hari ini.

    BalasPadam
  12. Tun M buat kejutan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

       Walaupun agak terlalu awal untuk meramalkan sesuatu berikutan pertemuan tersebut, namun ianya dilihat sebagai satu pertanda baik bagi merintis jalan bagi mereka berdua kembali akrab berganding bahu dengan matlamat yang sama, bergabung tenaga untuk selamatkan Malaysia.

      Melihat kepada reaksi spontan DSAI ketika dersalaman dengan Tun M pagi tadi di Mahkamah, DSAI jelas kelihatan gembira dan ceria. Beliau tidak marah-marah ... jauh sekali memaki hamun...

      Itulah istimewanya insan bernama Anwar Ibrahim. Beliau bukan sembarangan insan seperti kebanyakan kita yang pendendam… DSA adalah insan yang berjiwa besar…

        Betapa DSAI dan keluarganya terpaksa mengharungi penderitaan yang amat getir selama ini semata-mata angkara durjana Tun M... Dia dipenjara… Dia kena tumbuk lebam biji mata…keadaan kesihatan tulang belakang yang kritikal…

     Tidak tergambar betapa tersiksanya DSAI meringkok dalam penjara hingga ke saat ini akibat kerja gila Tun M itu dulu.

      Adalah satu persoalan bodoh jika ada yang bertanya adakah mereka berdua ini sedang saling maaf bermaafan... sedangkan dia sendiri telah menyaksikan dengan kedua biji matanya dua tokoh yang 18 tahun yang lalu tidak pernah kita bayangkan akan bertemu dan bersalaman mesra seperti mana pagi ini di mahkamah. Salam bersalaman bagi adat budaya orang Melayu adalah tanda maaf bermaafan. Apa perlunya nak ditanya?

      Kalau DSAI boleh memaafkan Tun… kalau DSAI tidak berdendam kepada Tun M… maka siapalah pula kita maka masih nak marah dan nak berdendam pulak?

      Almarhum Ust Fadzil Nor pernah berdoa agar Allah panjangkan umur Tun M untuk melihat segala apa yang telah dilakukannya…. 

     Doa Almarhum kini nampaknya mula termakbul...semoga Tun M telah sedar akan kesilapan lalu dan kembali membetulkan keadaan bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.

     Walaupun ramai yang masih marah-marahkan Tun M… Tapi tidak kurang juga yang merasa terharu bila melihat gambar Tun M bersama DSAI di mahkamah pagi tadi.

      Mereka yang patut marah-marah dan gelisah apabila Tun M berbaik semula dengan DSAI ialah PM Najib, Hj Hadi, Haron Din dan mereka pemakan dedak dan pengampu Najib.

     Semoga kita semua dapat melihat diakhir hayat Tun M akan bersama kita memperjuangkan nasib rakyat. 

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping