Ahad, September 25, 2016

"Agama apa yang dimaksudkan oleh Si Khalid tu? Umat mana yang melutut depan tuhan mereka?" Itu diantara soalan yang diajukan oleh seorang sahabat tatkala membaca kenyataan Khalid Samad.

Menurut Khalid Samad, mereka dari kalangan ahli serta pemimpin PAN hanya akan melutut kepada tuhan, bukannya kembali kepada PAS seperti mana yang didakwa oleh Presiden PAS sebelum ini.

Apa yang jelas, kenyataan Si Khalid Samad tu dilihat sebagai luahan kekecewaan yang dialaminya selepas setahun parti PAN yang ditubuhkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Namun, kenyataan 'Melutut depan Tuhan' itu jelas tidak dapat diterima oleh beberapa orang pengikut PAS yang mendakwa umat Islam tidak mengamalkan ibadah secara 'Melutut'.

"Kalau orang Islam, kita sujud dan rukuk kepada Allah S.W.T. Bukannya berlutut seperti mana yang dinyatakan oleh Si Khalid Samad tu. Takkan itu pun dia tak tau?" soal sahabat itu lagi.

Malah bagi sahabat itu juga, tindakan melutut kepada tuhan yang dimaksudkan oleh Si Khalid Samad itu seolah - olah menggambarkan amalan ibadah bagi penganut agama Kristian.

"Mungkin sebab Si Khalid Samad tu dah terlalu taksub dengan DAP, maka sebab itu dia memberi gambaran seolah - olah umat Islam ni pun melutut kepada tuhan," jelas sahabat itu lagi.

Biarpun selepas setahun parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu ditubuhkan, namun sehingga ke hari ini, pemimpin dikalangan PAN masih tidak dapat melupakan PAS yang saban hari dikutuk dan dimaki hamun oleh mereka seperti Si Khalid Samad ni!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Apabila si jahil berlagak pandai..

    BalasPadam
  2. Eh..takkan dia dah menganut fahaman "kneeling down" dalam ritual Kristian ni. Kena tolong dia ni dari tersasar jauh

    BalasPadam
  3. Menang pun atas tiket pas lagi mau sombong..

    BalasPadam
  4. Ini lah dia pemimpin mangkuk hayun... yang sponsor puak mangkuk nie Dapigs...maka melutut lah mangkuku2 nie kat babDap

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping