Sabtu, September 24, 2016

Daripada Si Nurul Nuha ni sibuk nak mengingatkan orang lain tentang 'Asal Usul' Reformasi yang diterajui oleh bapanya sebelum ini, baik suruh dia bertanding dalam Pilihan Raya Umum.

Jika sebelum ini, Si Nurul Nuha tu dan beberapa orang lagi adik beradik dia dilihat tampil dalam satu forum memperingati 'Detik Tercetusnya Reformasi' anjuran puak - puak PKR tu.

Isi kandungan forum tersebut antara lainnya cuba mengingatkan kembali punca tercetusnya Reformasi pada tahun 1998 dan kezaliman yang terpaksa dilalui oleh keluarga Si Ketua Penipu tu.

Malah ada juga yang berpendapat, tujuan forum tersebut diadakan adalah untuk memberi peringatan kepada pemimpin - pemimpin PKR yang dilihat semakin jauh dari perjuangan asal parti.

Setakat hari ini, hampir separuh dari kepimpinan PKR Pusat dilihat semakain ghairah mengikut bontot Tun Mahathir sehingga ada yang sanggup membelakangkan agenda Reformasi.

Realitinya, keadaan itu amat tidak disenangi oleh keluarga Si Ketua Penipu tu yang sehingga hari ini masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang kejam.

Sewaktu forum itu diadakan, Si Nurul Nuha tu sempat juga mengingati detik - detik hitam yang terpaksa dilalui sewaktu zaman pemerintahan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia.
"Saya selalu tertinggal iaitu ketika 1998....,masa papa dibebaskan pada 2004 dan pada kes 2008, pada 1998 saya tertinggal apabila saya turun sahaja keluar daripada rumah ayah sudah dibawa, pada 2004 saya sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM, dan pada 2008 saya berada di luar negara (menyambung pelajaran)," katanya.
Apa yang jelas, forum yang dianjurkan oleh adik beradik Si Nurul Izzah tu hanya sekadar taktik untuk kembali meraih simpati dari rakyat terhadap nasib malang yang menimpa keluarga mereka.

Jika dilihat dari satu sudut, ketokohan Si Ketua Penipu tu dan cara berpolitik Si Nurul Izzah ada pada Si Nurul Nuha ni. Taktik Politik Longkang seperti itu juga yang menjadi amalan dia.

Jadi, tak salah sekiranya, dia diberi peluang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Mana tau nasib dia baik macam kakak dia, boleh jugak menang dengan cara MENIPU dan menabur Fitnah terhadap calon lawan!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. _Dlm 1 kawasan kejiranan, Ahmad mempunyai anak yg ramai._
    _Berjiran dgn ah lim juga punya anak yg ramai._

    _Anak2 Ahmad ada yg baik, ada yg sgt teruk._
    _Anak2 ah lim pula ramai menjadi peniaga._

    _Mereka sambut hari raya bersama, tahun baru cina bersama._
    _Tiada masalah._

    _1 hari Ahmad berfikir utk menyekat masalah social anak2nya._
    _Ahmad membuat undang2._
    _Anak2nya mesti pulang ke rumah sebelum jam 9mlm._

    _Tiba2 ah lim marah2 dan melakukan bantahan._ _Sedangkan undang2 itu hanya utk anak2 Ahmad._ _Xde kene mengena dgn anak2 ah lim._
    _Puaslah Ahmad terang kan pd si ah lim td._
    _Ini utk anak2 saya._
    _Bukan anak2 kamu._
    _Namun, Ah lim terus membantah._

    _Rupanya, tempat anak2 ahmad melepak adalah di rumah urut, disco, pusat perjudian milik anak2 ah lim._
    _Kalau anak2 ahmad kene pulang awal, rosak lah bisnes anak2 ah lim._

    _Maka, logical berfikir, terangkan dan jelaskanlah berjuta kali sekalipun kenapa dan sebab apa undang2 anak2 ahmad perlu pulang awal._
    _Tetap x kan diterima._

    *_ini lah perumpamaan yg berlaku tentang RUU 355 yg diterangkan oleh Tn guru Hj Hadi pada persatuan hokkien._*
    *_walaupun undang2 ini tidak berkait dgn bangsanya, dia tetap membangkang atas dasar ekonominya akan terjejas..._*

    *_bagi muslim yg turut membantah....sedarlah, ini bertujuan untuk memartabatkan agamamu._*

    # sekadar renungan untuk semua. 😊

    BalasPadam
  2. Aura Shafie: Lagi dua MP dan dua ADUN keluar UMNO
    LAGI 2MP DAN 2ADUN KELUAR UMNO
    ( PRN(S) Mac-0gos selepas raya/parlimen menyusul)

    SESUDAH YB Darel sertai parti DSSA, maka ada dua ahli parlimen BN bakal bertindak sama dan yang satu dari utara, sementara yang satu sedang mengatur jadual yang sesuai umum keluar.

    Dua orang ADUN Sabah dari BN juga akan siap umum keluar parti dan salah satu dari pedalaman.

    Sesudah itu banyak cawangan-cawangan UMNO di seluruh Sabah akan dibubarkan, cuma menunggu waktu DSSA datang ke lokasi yang dimaksudkan dan serentak itu ramai orang kuat parti UMNO akan umum sama meninggalkan parti.

    Saya menerima makluman yang PRN Sabah akan diadakan sekitar Mac-Ogos tahun depan terutama selepas raya, sementara pilihanraya untuk perlimen dikemudiankan.

    Pembangkang2 di Sabah kena bersiap sedialah dan usaha pakat sama utamakan kepentingan rakyat dan bukan asyik bercakaran dan berebutan untuk menjadi Yang Berhormat atau minta dicalonkan di election mendatang.

    Sesiapa saja yang dipilih jadi calon harus kita sokong dan PRU mendatang mesti BN dilawan secara " satu sama satu"

    ISMAILY BUNGSU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat ilham dalam mimpi ke??

      Padam
  3. Orang Islam harus menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah namun bukan melalui Rang Undang-undang (RUU) 355, tegas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

    Beliau berkata, RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

    Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.

    “RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

    “Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.

    “Segala hal berkaitan cerai, pembahagian harta dan hak penjagaan semua dibuat melalui Mahkamah Syariah. Tidak ada sebab kerja-kerja baik Mahkamah Syariah difitnahkan melalui RUU ini,” katanya dalam forum Benarkah Pindaan RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.

    Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat Seksyen 2A dalam RUU tersebut tidak menyebut bentuk dan had hukuman.

    Melalui Seksyen 2A, bentuk dan had hukuman boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali “yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain dari hukuman mati”.

    Amanah turut berpendapat Seksyen 2A yang dicadangkan seolah-olah memberikan ‘cek kosong’ kepada Mahkamah Syariah dalam persoalan bentuk hukuman dan hadnya, selain hukuman mati.

    Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah peguam Wan Anwar Wan Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional dan peguam William Leong yang juga ahli Parlimen Selayang sementara Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja sebagai moderator.

    BalasPadam
  4. Hujah bijaksana Nik Amar
    HEBATNYA NIK DOREMON...

    Tok tertarik dengan hujah bijaksana Nik Amar Doremon dalam ceramahnya di Bachok baru2 ini;

    " Kito (Pah) ni bijok memerintoh kelate.  Kito memerintoh, tapi kerajae pusak yg buak pembangune..."

    " Supo oghe tino kito...dio ngandung sembile bule..penak kijo di ghumoh..mutoh2..pening2...tapi bilo beranok jah, anok tu di bin kan kepado kito...bijok tok kito suami dio?  Camtu la Pah di Kelate lo nih...".  Gitulah ucapan Nik Doremon.

    Tok pikir2 memang betul kata Nik Doremon.  MB Kelantan dan Exco2 tak perlu buat apa, makan elaun dan gaji yg baru dinaikkan.  Kumpulkan bini banyak2 suruh dia beranak, dan anak tu bin kan kat mereka.  Serupa juga macam isu banjir, rakyat kelantan teruk kena banjir.  Yg buat rumah mereka bukan saja dari Dap, tapi dari kerajaan Pusat.  Kita sumbang zink dan paku sikit2 ok dah.

    Memang bijak cara parti tok memerintah.  Terbaru, kita cerita pasal hudud.  Kemudian kita suruh Pusat buat.  Bila Pusat tak sokong, kita salahkan kerajaan Pusat dan Dap.  Kemudian kita tukar pulak, kita bising2 sikit pasal Akta 355.  Tapi, bukan kita yg nak buat, kita suruh Pusat yg buat.  Kalau Pusat tak sokong nanti, kita salahkan Pusat dan Dap serta Amanah lagi.

    Bijak tak kita?  Memang wajar ahli2 parti tok lantik Nik Doremon tu sebagai Naib Presiden....bijak dia tak kalah dengan guru tok.  Sebab tu guru tok perintah Tganu dapat sepenggal.

    TOK USIN UG CEROI

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping