Heh! Inilah yang dikatakan Politik Retorik yang sering kali menjadi amalan kepada puak - puak Pakatan Haprak tu. Bila diluar, diorang sibuk memberikan gambaran kepada rakyat seolah - olah kesepakatan dikalangan pembangkang itu wujud.
Tapi hakikatnya, disebalik wayang Politik Retorik yang dihidangkan oleh puak Pakatan Haprak tu kepada rakyat hanya sekadar fantasi ciptaan mereka semata - mata. Hidup mereka hanya setakat nak memperbodohkan rakyat secara terbuka.
Dalam dok sibuk diorang mencanangkan idea untuk mewujudkan kesefahaman dikalangan puak pembangkang bagi berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang, wujud dendam kesumat yang tidak berbelah bahagi.
Realiti itu memang tidak dapat dinafikan walaupun sebelum ini media Pakatan Haprak tu cuba memberikan bayangan kepada rakyat dengan menanam idea kononnya 'Perang Dendam' diantara kedua - dua belah pihak itu sudah pun berakhir.
Apa yang pasti, 'Perang Dendam Kesumat' keluarga Si Ketua Penipu tu terhadap Tun Mahathir masih belum reda walaupun pada ketika ini, Tun berada dikalangan puak pembangkang yang menentang Barisan Nasional secara terbuka.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Wan Azizah dan Nurul Izzah yang juga merupakan anak sulung kepada Si Ketua Penipu itu masih dilihat enggan mengiktiraf peranan Tun Mahathir sebagai 'Play Maker' baru dalam Pakatan Haprak.
Namun, dendam kesumat yang masih lagi membara dalam jiwa keluarga Si Ketua Penipu itu sejak kebelakangan ini tidak ditonjolkan secara terang - terangan kerana takut ianya akan menjejaskan sokongan dari kalangan pengikut Tun Mahathir.
Maka sebab itu sejak kebelakangan ini kita dapat lihat keluarga Si Ketua Penipu tu tampil dengan pelbagai bentuk sindiran sinis secara terbuka terhadap Bekas Perdana Menteri itu melalui kenyataan - kenyataan yang dibuat kepada pihak media.
Sebagai contoh, dalam cadangan Belanjawan Alternatif yang dibentangkan oleh Si Wan Azizah itu semalam, perkara pertama yang dituntut oleh mereka ialah supaya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan.
"Permintaan pertama belanjawan alternatif PH tahun ini adalah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.
"Setahu saya, jarang sekali di dunia seorang perdana menteri turut memegang portfolio menteri kewangan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Jika dilihat dari satu sudut, nampak sangat yang Si Wan Azizah tu cuba menyindir Tun Mahathir kerana dia merupakan pemimpin yang pertama sekali memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sewaktu dia menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
Dan apa yang lebih menghairankan, kenapa baru sekarang Si Wan Azizah tu nak bersuara mempertikaikan perkara tersebut dan membuat desakan sedemikian sedang ianya pernah dilakukan dalam pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini?
Takkan la sebelum ini Si Wan Azizah tu Terlalu BODOH sehingga dia sendiri tak perasan lansung dengan perkara tersebut? Buta sangat ke dia? Secara tak lansung, nampak sangat yang Si Wan Azizah tu selama hari ini hanya menjadi 'Tunggul Kayu' je dalam Pakatan Haprak tu sampai perkara itu pun nak dijadikan bahan pertikaian!!!
Tunggu bajet Najib yang bodoh lagi.
BalasPadamTak pernah percaya akan ada keserasian di kalangan mrk.Yang pasti dapigs juga yg dpt untung dan kuasa mutlak.
BalasPadamMaka..jangan harap mrk dpt menubuhkan sebuah kerajaan yg stabil krn masing2 ikut kepala mrk sendiri.
Umpama misi langkah kejang ilham pondan lgbt yg tidak direstui oleh kebanyakan ahli parti sekutu yg mghancurkan persepsi rakyat.
Tak suka dgn rakan...buat fitnah yg memalukan agar ditolak oleh rakyat.Itulah SOP yg kononnya digelar pakar strategik mrk.Berlagak sgt hingga menjatuhkan imej mrk sendiri.Syukur pas tidak bersama dgn manusia2 yg memandang rendah pandangan org lain.
betul ke DSWA cakap mcm tu..bagi link Youtube? nak jugak dengar..
BalasPadamBangkang saja.Semua tak betul.Yang betul kita sja.Takut terjatuh dilembah takabbur!
BalasPadam