Khamis, Oktober 20, 2016

Boleh dikatakan sepanjang hari semalam, puak Pakatan Haprak itu berbangga dengan pembentangan Belanjawan Alternatif yang dibuat oleh Wan Azizah. Sudah pasti pembentangan Belanjawan itu memerlukan sokongan dari semua pihak.

Tapi persoalannya sekarang, bagaimana pula sokongan Si Wan Azizah tu terhadap cadangan pindaan Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah (RUU 355) yang telah dibentangkan oleh Hadi Awang? Bila PKR nak sokong cadangan tersebut?

Sehingga ke hari ini, Presiden PKR itu dilihat masih lagi dilihat cuba mengelakkan dan mendiamkan diri dari menyatakan pendirian partinya secara terbuka berhubung isu cadangan pindaan  RUU 355 yang dibawa Hadi Awang sebelum ini.

Dalam satu sidang media yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR sebelum ini, keputusan parti itu berkaitan dengan cadangan pindaan tersebut akan dibuat oleh Presiden PKR selepas mereka mengadakan perbincangan secara panjang lebar.

Namun malangnya sehingga ke hari ini, Presiden PKR itu dilihat masih lagi enggan memberi sebarang ulasan sama ada mereka akan menyokong atau membantah cadangan pindaan RUU 355 yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS itu.

Pelbagai pihak mula beranggapan bahawa PKR cuba mengelakkan diri dari mewujudkan konflik yang tidak diingini dengan PAS walaupun sebelum ini seorang pemimpin kanan parti itu tampil melabelkan PAS sebagai sebuah parti 'Pengkhianat'.

Secara umumnya, semua orang sedar bahawa PKR terpaksa bermain 'Wayang Politik Longkang' dengan PAS memandangkan parti itu masih memerlukan khidmat bantuan PAS sebagai jentera dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Disebabkan PKR kekurangan sokongan dari kalangan ahli diperingkat akar umbi, maka mereka terpaksa bermain tarik tali dengan PAS bagi mengekalkan hubungan kerjasama Politik demi memastikan kepentingan peribadi mereka terjamin.

Dari satu sudut, ramai yang berpendapat bahawa tindakan pimpinan PKR yang dilihat berdolak - dalih dalam membuat keputusan berhubung isu berkaitan dengan RUU 355 itu memperlihatkan mereka terperangkap dalam jerat mereka sendiri.

Hasrat mereka yang mahu kekal menjalinkan kerjasama Poltik dengan PAS kini dilihat semakin tergugat memandangkan tidak wujud sebarang keikhlasan serta kejujuran dikalangan pemimpin tertinggi parti itu terhadap perjuangan PAS.

Sebaliknya, sikap 'Lepas Tangan' dan enggan mencampuri urusan PAS yang ditonjolkan oleh kepimimpinan PKR itu mula membangkitkan pandangan serong serta skeptikal dikalangan penyokong - penyokong PAS diperingkat akar umbi.

Persoalannya, sampai bila PKR mahu mengekalkan sikap sedemikian rupa dengan menganggap penyokong - penyokong PAS ini terlalu BODOH untuk terus diperdayakan sepanjang masa? Adakah PKR yakin mereka dapat mempergunakan PAS demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri???
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping