Khamis, Oktober 20, 2016

Heh! Inilah yang orang kata pemimpin Hipokrit yang Tulen. Kalau kot selama hari ini, bukan main lagi dia mengkritik dan mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh PAS berkaitan dengan Ran Undang - Undang Mahkamah Syariah (RUU 355).

Kalau menengokkan gayanya, cadangan yang dibuat oleh PAS tu seolah - olah satu dosa besar kerana tidak mengikut saranan yang dibuat oleh 'Abang Besar' dalam Pakatan sehingga menyebabkan dia melabelkan PAS sebagai 'Musuh Utama'.

Jika selama hari ini, DAPigs dan parti Ternakannya yang disertai oleh Si Khalid Samad tu kuat memukul canang mendakwa kononnya RUU yang telah dibentangkan oleh PAS itu merupakan langkah untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Mati - matian bekas pemimpin PAS seperti Si Khalid Samad ni mempertikaikan tindakan PAS yang tetap berdegil mahu membentangkan Rang Undang - Undang tersebut dan sering kali melabelkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan.

Tapi, dek kerana parti Ternakan DAPigs tu semakin hari semakin ketandusan sokongan, terutama dari kalangan ahli PAS, maka terpaksa la mereka mengubah haluan dengan mengeluarkan kenyataan seperti dikeluarkan oleh Si Khalid Samad ni.

Walaupun sebelum ini mereka melabelkan Rang Undang - Undang PAS itu sebagai satu langkah untuk melaksanakan Hukum Hudud, tapi dalam diam, PAN juga ada mempunyai hasrat untuk melakukan perkara yang sama seperti PAS lakukan.

Tinggal lagi, sepertimana yang didakwa oleh Si Khalid Samad, kertas cadangan yang mereka bawa jauh lebih menyeluruh daripada apa yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS sebelum ini berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah.
“Usul kita untuk pemerkasaan mahkamah syariah. Usul dia (Hadi) pula untuk meminda RUU Akta 355 supaya mahkamah syariah dapat diperkasakan.
“Ia jelas berbeza dengan pendekatan kita. Banyak yang kita perlu lakukan untuk pemerkasaan syariah. Tentang RUU Akta 355, kita akan kaji,” katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.
Dari satu sudut, nampak sangat yang puak PAN tu selama hari ini cuba mengelirukan rakyat dengan memberikan gambaran kononnya PAS nak melaksanakan Hukum Hudud sedangkan parti itu nak memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Cuma bezanya, PAS menggunakan alasan mahu memperkukuhkan institusi Islam dengan meningkatkan kuasa kepada Mahkamah Syariah supaya dapat mendidik umat Islam. Sebaliknya, pemimpin PAN seperti Si Khalid Samad ni hanya mempergunakan isu untuk untuk mendapatkan sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Baik Pan minta izin dgn Dap dulu. Klu tidak tak berdedak la...

    BalasPadam
  2. Tak payah la nak cakap berbelit belit Khalid ooiii!!!! kaki pembelit pengundi

    BalasPadam
  3. kalid samat ni mmg kaki lebong..puak2 PAN yang bangang boleh la dia tipu...

    BalasPadam
  4. Khalid samad ni siapa dlam PANteq? Dia bercakap bagi pihak mat sabu ke?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping