Isnin, Oktober 31, 2016

Tiada apa yang perlu dihairankan sangat apabila berita hari ini mengumumkan yang Si Rafizi ni kantoi menabur Fitnah terhadap National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp). Hakikatnya, perkara itu kini sudah menjadi satu 'Rahsia Umum'.

Bahkan perangai Si Rafizi yang suka menabur Fitnah ini memang satu sifat yang tidak dapat dipisahkan dari dirinya sendiri. Nak pulak sejak dia menjejakkan kaki didalam Politik Tempatan. Dari dulu, kini dan selamanya, Fitnah tu sahaja yang Si Rafizi ni tau buat.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu pernah juga kantoi menabur fitnah terhadap pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji yang didakwa telah menyalah - gunakan duit pendeposit yang membuat simpanan dengan institusi kewangan Islam tersebut.

Kali ini, Si Rafizi ni berjaya menambah lagi senarai pemimpin PKR, selain Nurul Izzah yang dikantoi melalui sistem perundangan Malaysia kerana menabur fitnah terhadap syarikat NFCorp yang telah mencetuskan kontroversi hangat sebelum ini.

Dalam keputusan Mahkamah hari ini, Si Rafizi tu didapati bersalah kerana telah menaburkan fitnah terhadap Pengerusi Eksekutif NFCorp dan diperintah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 200 ribu diatas kesalahan yang dilakukannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh NFCorp dan Mohamad Salleh selaku plaintif selepas mendapati kenyataan dikeluarkan Mohd Rafizi, adalah memfitnah.
Azizul Azmi dalam penghakiman beliau berkata, perkataan 'diselewengkan' dikeluarkan Mohd Rafizi adalah serius dan ia membayangkan perlakuan jenayah.

Dalam writ saman dan penyata tuntutan difailkan pada 23 Jun 2013, plaintif menamakan Mohd Rafizi dan pemilik portal Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd selaku defendan pertama dan kedua.

Plaintif mendakwa, Mohd Rafizi pada 7 Mac 2012, mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan Malaysiakini pada hari sama.

Plaintif berkata, saman berkenaan difailkan kerana kerugian yang ditanggung susulan pembohongan, penyebaran maklumat mengelirukan serta pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.
Walaupun Si Rafizi tu boleh membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, tetapi kebarangkalian untuk Si Rafizi hilang kelayakan menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen pada ketika ini adalah cukup tinggi.

Pokok pangkalnya, hidup pemimpin PKR seperti Si Rafizi ni hanya bergantung sepenuhnya kepada tuduhan dan dakwaan fitnah semata - mata dan memberikan gambaran seolah - olah diorang ni SUCI dan MAKSUM dari sebarang dosa. Kalau kata sehari tak menabut FITNAH, memang tak dapat hidup la diorang jawabnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Awww.. tipu ni.. lapiji kan suci murni mana mungkin fitnah² ni.. mencikk tauuu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping