Selasa, November 01, 2016

Demikian kenyataan yang dikeluarkan melalui laman portal Utaranews yang secara terbuka menasihati pemimpin PKR agar melupakan hasrat mereka yang tetap mahu cuba menagih kasih PAS walaupun mereka sudah bercerai dari Pakatan.

Katanya, dah agak lama juga didalam perkiraan selepas Pakatan Rakyat terkubur tanpa meninggalkan nisan, tetapi PKR masih cuba memujuk dan berharap PAS akan bersama dalam gabungan baru pembangkang iaitu Pakatan Harapan.

Sebenarnya PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama PAS namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama PAS. Persoalannya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, terlepas pandang satu risiko besar.

Bolehkah jika Pakatan meletakkan harapan kepada PAS untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN, tapi dalam masa yang sama PAS didakwa mempunyai potensi besar untuk mengkhianati Pakatan menjelang PRU ke 14 kelak?

Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan, dan PAS mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa PAS akan bersama gabungan pembangkang?

Apakah PAS tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAPigs dan PAN yang melabelkan pasti itu sebagai Musuh Utama serta menolak kemungkinan mereka mungkin memilih untuk bersama Umno bagi membentuk kerajaan baru PAS-UMNO?
"Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno?
Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru membelakangi Pakatan Rakyat? Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?" soal laman portal tersebut. - (BACA DISINI)
PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam kalangan yang mendokong Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri, tetapi merupakan pimpinan idealis yang bercita - cita mahu melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.

Dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan PAS, tidak mustahil parti itu sekali lagi akan meninggalkan kerjasama dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka. Apatah lagi jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Setiap anggota Pakatan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada bagi memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

PAS kini sudah memiliki ahli keluarga baru. Jadi cukup - cukup la PKR bergantung harap kepada mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini sudah dijelaskan, jika PAS berperang dengan UMNO dan tetap melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan memerintah.

Maka untuk elak “mudarat” itu mereka mungkin memilih untuk tidak berperang dengan PAS. Walaupun sukar untuk mencari kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas, hormatilah.

Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini? Cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP. Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula , berhenti berangan-angan bahawa PAS akan kembali menyertai Pakatan.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping