Isnin, Oktober 31, 2016

Memang itulah kerja mereka yang cuba memberikan gambaran buruk terhadap Kerajaan Barisan Nasional ni. Semuanya hanya memberikan pandangan dari sudut persepsi semata - mata untuk mengelirukan rakyat secara terbuka.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila salah seorang aktivis Alam Sekitar ni diberikan platform bagi menyampaikan hujahnya dalam satu forum berkaitan dengan pemuliharaan Alam Sekitar serta Sumber Bekalan Air hari ini.

Seawal hujahnya sahaja, jelas aktivis itu sudah mula memainkan sentimen persepsi dengan cubaan untuk menunjukkan kononnya pihak penguasa dibawah Kerajaan Barisan Nasional ini semuanya tidak bertanggungjawab menjaga Alam Sekitar.

Dan kemudian, kesimpulan yang dibuat diakhir sesi penjelasan yang diberikan juga, wakil aktivis Alam Sekitar itu turut memberikan gambaran seolah - olah pihak penguatkuasa ini semuanya terdiri dari kalangan mereka yang tamak belaka.

Dari satu sudut, ternyata pihak Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berlapang dada dan memberikan ruang kepada kritikan yang membina secara terbuka. Tetapi malangnya, keterbukaan itu telah disalah-gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Selama ini, persepsi yang diberikan itu tidak semuanya berdasarkan kepada fakta mahupun bukti yang kukuh. Sebagai contoh, dakwaan yang dibuat terhadap penguatkuasa yang digambarkan seolah - olah 'Tamak' itu tidak benar sama sekali.

Ianya dapat dijelaskan apabila YAB Menteri Besar Pahang sendiri menegaskan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pahang tetap berusaha untuk mengekalkan hampir 60 peratus daripada 3.6 juta hektar tanah di negeri ini masih diliputi kawasan hutan.
“Sejak saya dilantik menjadi menteri besar lagi, 17 tahun yang lalu, saya sendiri telah mengambil inisiatif dengan mewartakan lebih 300,000 kawasan hutan untuk dijadikan kawasan tadahan air dan ia jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam hal ini, ” katanya.
Anggaran itu sekaligus membuktikan komitmen pihak Kerajaan Barisan Nasional memainkan peranan mereka untuk mengekalkan kawasan khazanah hutan biarpun mengalami kekurangan sumber kewangan dan menghadapi tuntutan pembangunan.

Apa yang jelas, gambaran yang diberikan oleh aktivis - aktivis yang selama ini mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kepentingan Alam Sekitar itu hanya sekadar mencipta permainan persepsi bagi memberikan imej buruk terhadap pihak Kerajaan Barisan Nasional dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat semata - mata!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping