Rabu, Oktober 05, 2016

Heh! Mungkin tak puas menjadikan PAS sebagai Musuh, DAPigs kini nampak gayanya mahu membuka lembaran baru dan mencari gaduh dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pulak.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan DAPigs ini membuktikan bahawa mereka cuba nak jadi 'Abang Besar' dalam Pakatan dengan cara menindas parti kecil seperti PSM diperingkat bawahan.

DAPigs dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam tampil mempersoalkan tuntutan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mahu parti itu dibiar kekal di kawasan Parlimen Sungai Siput.

Malah Naib Pengerusi DAPigs Perak juga turut mengingatkan PSM bahawa kerusi itu hanya dipinjam kepada PSM ketika mereka bertanding di bawah tiket DAP pada pilihan raya umum 1999.
“Pada 2008 pula, kerusi itu dipinjamkan kepada PKR tetapi memberi laluan kepada calon PSM bertanding menggunakan logo mereka. Kerusi itu sama ada di bawah DAP atau PKR, tidak pernah menjadi milik PSM,” tegasnya kepada FMT.
Kata Adun Sungkai itu lagi, kekuatan DAPigs di Jalong – kawasan DUN di dalam Parlimen Sungai Siput yang dimenangi DAPigs merupakan antara punca kemenangan pembangkang di sana.
“Namun kami tiada masa untuk bertelingkah dengan PSM memandangkan belum ada keputusan untuk bertanding di situ, walaupun kita sudah ada calon yang sesuai,” katanya lagi.
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM sebelum ini mengkritik DAPigs dan PKR selepas kedua-dua parti itu didakwa mahu meletakkan calon masing-masing di Sungai Siput pada PRU akan datang.

Ahli Parlimen Sungai Siput pula berkata dia tiada masalah untuk memberi laluan kepada DAPigs atau PKR, tetapi dengan syarat ia ditukarkan dengan kerusi Parlimen lain yang dimenangi kedua-dua parti itu.

Mengulas kenyataan itu pula, Pengerusi DAPigs Perak mendesak agar Ahli Parlimen Sungai Siput itu menghantar surat rasmi kepada kepimpinan Pakatan agar rundingan dapat diadakan dan sekali gus membuktikan bahawa DAPigs cuba nak memberi tekanan kepada PSM!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Balak..orang Asal skrg dah ada FB,kerajaan kelantan berhentilah dr menipu rakyat
     



    Hujah lebai apabila ditanya mengapa tebang balak di kawasan hutan simpan KEKAL:

    a) Konsesi pembalakan sudah diluluskan sejak awal lagi dan mendapat kebenaran jabatan perhutanan negeri (tiada tarikh tepat) – BOHONG!

    b) Bantu Orang Asal meneroka tanah baharu untuk pertanian dan membimbing mereka dengan sumber pendapatan baharu (contohnya kayu gaharu dan depu) – BOHONG!

    c) Kerajaan negeri prihatin dengan kes pembalakan haram oleh syarikat yang tidak diluluskan lesen atau melanggar syarat pembalakan di konsesi terdahulu – BOHONG!

    d) Peningkatan mendadak dari sektor perumahan dan pembinaan untuk kayu bergergaji dan hasil sampingan lain seperti tongkat ali dan kacip fatimah – BOHONG!

    e) Hutan yang telah diteroka sudah ditanam semula dengan sawit, getah dan durian kunyit menambah hasil pendapatan kerajaan dalam bentuk cukai, premium tanah dan sewa tapak bagi jenis pertanian lain – BOHONG!

    Apakah mereka masih tidak tahu malu terus menipu rakyat dengan slogan membangun bersama Islam???

    #RIPLebai
    #LawanPembodohanLebai

    ZNAO

    ………………………

    Ambo masih ingat ketika mula2 Pas memerintah Kelantan, sekitar tahun 1991, ambo bersama rombongan Dewan Pemuda Pas mengikuti rombongan aTGNA sebagai MB Kelantan membuat lawatan ke beberapa Pos Orang Asli di kawasan pendalaman. Semua kawasan penempatan Orang Asli yg kami lalui masih dikelilingi hutan rimba kecuali kawasan yg ditebang utk tanam padi bukit dan ubi kayu.

    Kini kawasan2 tersebut;

    – Bermula drp Pos Blau, Ong, Salyet, Hendrop, Mendrop hingga ke Broke telah bertukar menjadi ladang sawit dan getah klon.
    – Bermula drp Pos Jedip, Sunway, Bahung, Sendrop, Lojing hingga ke Kuala Tahu telah bertukar menjadi ladang sayur pertanian tanah tinggi.
    – Bermula di Lambok, Galang, Hau, Enching hingga ke Balar telah menjadi Ladang Rakyat. Khabarnya juga Dakoh hingga ke Belatim dan Bihai Lama (Tendrip) juga telah diberi kpd Ladang Rakyat, namun tergendala kerana ada kes di Mahkamah.
    – Bermula dari Kuala Betis hingga ke Tohoi, Penad, Jadam dan sekitarnya telah menjadi ladang Hutan.
    – Bermula dari Pulat ke Pasik, Bring, Wias dan Kuala Wok semuanya bertukar menjadi ladang.
    – Di sebelah Taman Negara pula, drp Aring 5 hingga ke Kuala koh dan Sungai Pertang pun sudah terang benderang.
    – Adapun disebelah Gunong Chamah, di kawasan yg melibatkan Simpor, Gawing, Pichong, Tembaga dan Gob, pembalakan dalam kawasan konsesi KPK sedang menggila. Yg tinggal hanya sedikit di Kampung Kerong di kaki Gunong Chamah.
    – Tuel,Plug dan sekitarnya menunggu masa utk digondolkan kerana kawasan tersebut juga telah lama diberi kepada Ladang Rakyat.

    Dimanakah lagi boleh dicari kawasan penempatan Orang Asli yang masih asli dengan hutan rimbanya?

    Fb CIM

    ………………………..

    KAMI BUAT BLOCKED ADALAH BENAR TIDAK MAHU TERJEJAS HUTAN DAN TIDAK MAHU NASIB ORANG ASLI DIHIMPIT…

    Disini saya ingin sampaikan foto-foto yang terjejas di hutan dan alam semula jadi yang telah rakusan hinggga berlubang-lubang dan ada juga foto yang bencana pada tahun 2014 yang telah dihadapi rakyat seluruh Kelantan, kerana orang yang ingin kekayaan dan tidak pernah berfikir kepada nasib komuniti orang asli macam kami ini yang telah mendiami di pendalaman sejak turun-temurun nenek moyang kami beribuan tahun, disini kami komuniti orang asli rasa terhina, disini kami komuniti orang asli ingin menyuarakan kerajaan negeri harus mempertimbangkan kami masyarakat orang asli dibumi Kelantan ini dan kerajaan negeri Kelantan harus mengiktiraf hak tanah wilayah adat kami.

    Foto ini dihasilkan oleh Arif Kg Pos gob
    Lokasi kg Pos gob daerah gua musang



    Dari FB orang Asli yg sayang hutan dan tanah mereka.. FB Pujanga hutan rimb

    BalasPadam
  2. Kejamnya PAS Kelantan, Angkara Pembalakan Orang Asli Minum Air Tercemar, Makan Nasi Takde Lauk, Lalui Jalan Berdebu.



    Serahkan bebelan hari ini kepada yang-yang arif. Harapnya selepas PAS / Kelantan membaca penulisan ini mereka kembali ke pangkal jalan = insaf dalam isu pembalakan / penghapusan hutan.

    Hujah Nik Amar.


     
    Premis-premis hujah I,II,III.

    I. Hujah penulisan.  ------------------------------------------ 




    Pinky, Banjir Kanchanaburi dan Pembalakan di Kelantan. 

    Gambar ini ku rakam semasa penghujung tahun 2014. Jambatan keretapi kayu itu adalah sisa buatan tangan buruh paksa projek penjajah Jepun, sebahagian daripada projek Death Railway bermula dari Thailand ke Myanmar. Kita boleh memilih untuk kesini sendiri atau mengambil pakej Erawan National Park, perjalanan keretapi diatas Death Railway, gua yang jadi tempat berlindung buruh paksa dan apa tah lagi satu tempat aku tak ingat. 

    Kami pilih ambil pakej sahaja. Diketuai oleh Pinky, tour guide yang garang ya amat. Pantang tok nenek dia orang lambat. Dan kami lambat masa nak pi Erawan, makan jeling dia lah. Masa dah sampai sini baru dia macam ramah mesra sikit. Aku dok sama dengan dia dekat gua tu sambil pandang luar, tiba-tiba dia buka mulut. 

    "You know, long time ago, Kanchanaburi affected by really big flood. Water rise really high. Property damage, and we're suffer from slow economy after the flood. After that, public and government review deforestation policy. They mapped location for people taking wood and gazette so many forest. Of course there are still people taking wood from Erawan. Heavy punishment for illegal deforestation activity too."

    Waktu itu banjir besar sedang melanda Kelantan. Kawanku disana mesej aku rumahnya kurang bekalan makanan. Dari kejauhan aku cuma mampu bantu beri nombor-nombor yang tertera untuk urusan bantuan. Kelmarin negara dikejutkan dengan sikap melampau pembalak ke atas Orang Asli di Gua Musang, satu demi satu laporan pembalakan haram di kawasan Lojing dan berdekatan didedahkan. 

    Soalannya sampai bila Kerajaan Kelantan akan betul-betul bertegas untuk melihat betapa tidak islamiknya penerokaan hutan ini? Kanchanaburi sudah belajar, dan mereka meneroka aktiviti ekonomi yang kurang impak terhadap alam sekitar. Mereka amat bergantung kepada sektor pelancongam berdasarkan sejarah dan alam sekitar. Chalet-chalet di atas Sungai Kwai adalah keistimewaan mereka. Sungai Kwai adalah denyut nadi rakyatnya. Mereka menjana pendapatan daripada bersihnya sungai tersebut. 

    Pada tahun 2016, negeri Kelantan diyakini akan mendapat bekalan air bersih dengan sempurna 10 tahun lagi menurut exco negeri setelah kerja-kerja pembangunan loji dll siap. 

    Ku fikir cukuplah rakyat Kelantan tinggal dalam kenyataan tak apa bekalan air macam tu, janji kerajaan memerintahnya, tetap kerajaan PAS. Semuanya berkait rapat antara polisi penebangan hutan, pembekalan air bersih dan banjir besar. 

    Aku tak berapa jelas hal kerajaan negeri dan kerajaan pusat ini, tetapi potensi ekonomi kreatif boleh diterokai lebih lagi. Hutan boleh menjana potensi ekonomi yang lebih lagi, bukan dengan cara menggondol semata-mata. 

    Semua negeri digesa untuk berhenti mencedarakan hutan. Tak perlu ganti hutan dengan kelapa sawit atau durian. Hutan membekalkan kita air bersih, udara segar dan keseimbangan suhu. Beralihlah ke arah ekonomi lebih kreatif,

    BalasPadam
  3. Tak apa,masih banyak lagi hutan untok PAN.nanti bila memerentah Kelantan.
    Dan masih banyak lagi kawasan bijih yang tak diusik untok PAN.nanti. dalam masa dua tahun ini tak akan dapat dihabiskan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping