Rabu, Oktober 26, 2016

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan penubuhan beberapa parti baru sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa parti didalam gabungan Pakatan Haprak tu tidak lagi menjadi keutamaan dan alternatif kepada rakyat secara menyeluruh.

Jika sebelum ini, sekiranya ada pihak yang tak puas hati dengan mana - mana parti dalam Barisan Nasional, sudah pasti mereka akan berpaling kepada Pakatan yang terdiri daripada PKR dan DAPigs. Namun, semua itu kini sudah berubah.

Trend zaman sekarang, mereka yang tidak puas hati dengan Barisan Nasional akan bertindak menubuhkan parti baru dan tidak menjadikan parti seperti PKR ataupun DAPigs sebagai pilihan utama mereka untuk dijadikan pentas berpolitik di Malaysia.

Tindakan menubuhkan parti baru itu sekaligus membuktikan bahawa kewujudan parti sedia ada seperti PKR dan DAPigs sudah tidak sesuai bagi mereka yang bertindak keluar parti atas alasan berasa kecewa dengan parti yang disertai sebelum ini.

Sebagai contoh, bekas pemimpin PAS yang bertindak meninggalkan parti itu sebelum ini telah menubuhkan PAN sedangkan mereka boleh memilih untuk menyertai PKR atau pun DAPigs bagi meneruskan agenda Politik Peribadi mereka.

Tetapi, kenapa mereka bertindak untuk menubuhkan parti sendiri? Tidakkah tindakan itu membuktikan bahawa dasar perjuangan PKR dan juga DAPigs sudah tidak lagi relevan bagi mereka yang bertindak meninggalkan parti itu sebelum ini?

Demikian juga tindakan yang diambil oleh bekas pemimpin PKR Sabah seperti Lajim Ukin. Dia yang sebelum ini dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO yang kemudiannya menjadi Penegrusi PKR Sabah juga mengambil langkah menubuhkan parti baru.

Apabila ditanya kenapa dia bertindak meninggalkan PKR, alasan yang diberi ialah kerana parti itu tidak memberikan tumpuan kepada isu - isu masyarakat setempat. Sebaliknya lebih memberikan penekanan kepada isu - isu Nasional semata - mata.

Apa yang IRONIKnya, setiap kali tertubuhnya parti baru ini, maka kita akan melihat pemimpin dikalangan puak Pakatan itu mula terhegeh - hegeh menagih simpati dan mengajak parti baru itu menyertai mereka seolah - olah mereka tidak ada maruah.

Dari satu sudut, jelas tindakan yang dilakukan oleh bekas pemimpin - pemimpin itu memberikan gambaran seolah - olah kewujudan parti seperti PKR dan DAPigs sudah tidak sesuai bagi mereka untuk meneruskan agenda Politik masing - masing.

Persoalannya, kenapa mereka tidak menyertai parti sedia ada? Adakah kerana mereka ni semuanya jenis manusia yang Gila Kuasa dan mahu memegang jawatan tinggi dalam parti semata - mata? ATAU, adakah benar mereka ni sudah tidak yakin dengan dasar perjuangan yang dibawa oleh parti Pakatan seperti PKR dan DAPigs???
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Lagi payah la harapan pakatan harapan nak menang di Sabah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping