Jumaat, Oktober 14, 2016

Makin hilang akal la puak - puak DApigs tu dengan Mufti Besar Perak ni. Lepas satu persatu kenyataan yang dikeluarkan boleh dianggap ibarat menghiris hati dan jiwa golongan Ultra Chauvanist DAPigs itu secara terang - terangan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong usul persendirian PAS bersabit Rang Undang-Undang (RUU) bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Malah beliau berharap pindaan Akta 355 itu diperluaskan ke semua negeri di negara ini dan tidak terhad kepada Kelantan sahaja. Harunssani berkata beliau tidak pernah bersuara perihal perkara itu berikutan beliau bukannya ahli politik.
“Saya bukan ahli politik. Bukannya juga sebab saya penyokong PAS atau apa-apa seperti itu. Hadi bentangkan usul itu, saya menyokongnya,” kata Harussani dipetik akhbar Sinar Harian.
Harussani turut menggesa ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira perbezaan politik menyokong RUU itu, dengan menyatakan ia adalah “wajib” bagi umat Islam berbuat demikian. Beliau berkata ia adalah “salah” bagi umat Islam jika tidak menyokong rang undang-undang itu.
“Itu adalah salah kerana sebagai orang Islam, mereka mesti menyokong segala usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan saya sendiri berharap semua Ahli Parlimen Melayu dan Islam bersatu dalam menyokong isu ini. Jika semua memberi sokongan mereka, insya-Allah, ia akan diluluskan,” kata Harussani.
Cadangan pindaan kepada Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), juga dikenali sebagai Akta 355, bagi membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman lebih keras kepada pesalah.

RUU persendirian, yang dibentangkan oleh Hadi akan dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin.

Sebagai rekod, DAPigs merupakan parti yang paling lantang dan cukup tegar membantah serta menolak cadangan PAS Kelantan untuk membentangkan Akta RUU 355 dengan memberikan alasan bahawa ianya langkah permulaan kepada Hukum Hudud.

Bantahan yang dibuat oleh DAPigs itu turut disokong oleh sekutu kuat mereka dalam Pakatan, PAN yang diwujudkan oleh bekas - bekas pemimpin PAS yang kecewa dengan kekalahan dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

DAPigs dan PAN bersama - sama menjadikan isu berkaitan dengan Akta RUU 355 itu sebagai senjata utama mereka untuk memburukkan imej PAS serta pemimpin - pemimpinnya dikalangan rakyat dengan mendakwa ianya merupakan satu langkah ke arah perlaksanaan Hukum Hudud PAS!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Msg dr Dato' Mufti sendiri mngenai RUU 355 👇🏼

    [01/10 12:28] ‪: Saya bukan suruh tolak RUU 355, tapi minta dibincang dulu oleh ahli2 parlimen sebelum dijadikan undang2. Tujuannya supaya undang2 itu nanti menepati kehendak syarak iaitu menegakkan keadilan yg meyeluruh. Ini (RUU 355) adalah ciptaan manusia untuk menegakkan syariat Allah. Sudah tentu tak boleh disamakan dgn ciptaan Allah. Jadi biarlah dibahas dulu untuk dihalusi dan dibaiki seberapa yg mungkin supaya sekali diterima sebagai undang2 tak akan wujud lagi lompong2 yg menampakkan kecacatan. Ana seboleh2nya nak melihat mahkamah syariah dan undang2 syariah dihormati oleh semua pihak dan semua kaum di Malaysia. Sekiranya RUU itu diterima secara tergesa2 ana bimbang ia akan gagal mencapai matlamat yg didambakan, makan dhn itu imej Islam berserta institusi2nya akan terjejas. Wassalamu 'alaikum!

    BalasPadam
  2. Nampak la bangangnya Pan jadi tukang angguk Dap.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping