Ahad, Oktober 16, 2016

Ada yang menyimpulkan bahawa penghijrahan keluar beberapa pemimpin PKR dan DAP Sabah menggambarkan bahawa budaya lompat parti politik masih mewarnai politik negeri itu. 

Rumusan ini dibuat oleh banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin PKR dan DAP meskipun yang harus memikul kegagalan mengubah amalan politik ini ialah mereka sendiri.

Dalam pusingan terbaru episod lompat parti ini ada pemimpin DAP kurang senang dengan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang dikatakan cuba memancing pemimpin-pemimpinnya di Sabah.

Secara terbuka mereka menyindir bahawa Shafie menggunakan kekayaannya untuk memberi dedak pada pemimpin DAP dan PKR supaya meninggalkan parti masing-masing. Setakat ini pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin dilaporkan keluar PKR dan berhasrat menubuhkan parti tempatan baru. 

Turut berhijrah adalah ADUN Moyog Terrence Siambun dari PKR, setiausaha PKR Sabah Maijol Mahap  and Ketua Wanita negeri Johair Matlan. Ahli Parlimen tunggal PKR di Sabah, Darrell Leiking,  juga keluar parti dan di jangka menyertai parti baru Shafie.

DAP turut menerima tamparan apabila ADUN Likasnya Junz Wong, timbalan pengerusi negeri Joan Goh, naib pengerusi George Hiew dan bendahari DAP negeri David Williams mengikut jejak Leiking. Chong Jen mendakwa punca sebenar mereka lompat parti “ada kena mengena” dengan kekayaan Shafie.

"Sekarang disebabkan kekayaan Shafie, ramai ahli politik (di Sabah) mendapat keuntungan di depan mereka dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan. Ini adalah sifat katak-katak politik," katanya.

Alasan yang digunakan oleh penyokong Shafie untuk menghalalkan tindakan itu ialah Sabah memerlukan parti politik tempatan memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah. 

Gerakan politik ini pada mulanya disasarkan pada Umno-BN yang bertunjang pada politik Semenanjung. Bagaimanapun secara tidak langsung ia terus membedil wibawa parti-parti politik pembangkang dari Semenanjung pula. 

DAP dan PKR bak hilang akal, mereka terperosok dalam budaya lompat parti dan sekaligus membayangkan bahawa kehadiran mereka di Sabah tidak mampu mewujudkan budaya politik baru di negeri itu. 

Ia juga menyerlahkan bahawa kedua-dua parti itu tidak mempunyai pemikiran politik yang jelas dalam menawarkan khidmat politik pada rakyat Sabah dan tiada program kepimpinan untuk ahli mereka. 

Sebenarnya tiada apa yang salah dengan budaya politik Sabah. Setiap pemimpin politiknya ada visi dan misi sendiri dan apa yang dikatakan budaya “katak politik” ini berlaku di mana-mana jua.

Masalah dengan parti pembangkang seperti DAP dan PKR ialah mereka tidak menghormati pemikiran dan sensitiviti politik tempatan. Sikap mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu menyerlahkan hakikat ini. Kerana ego dan keangkuhan bahawa pemikiran politik mereka lebih tinggi daripada rakyat tempatan, maka DAP dan PKR bertempur sesama sendiri.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping