Rabu, Oktober 19, 2016

Tindakan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa yang dilihat secara berterusan menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mempengaruhi ahli-ahli parti menyertai himpunan BERSIH 5 diselar oleh anak tuan guru itu.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS tampil mempersoalkan tindakan Husam yang kini bersama dengan parti Ternakan DAPigs, mengapa tidak kekal di dalam PAS sebagaimana yang disuruh oleh bapanya suatu ketika itu.
"Yang kena ikut Tok Guru ialah beliau suruh kekal dengan PAS (tapi) tak ikut. 
"Yang Bersih itu pada ketika itu atas arahan PAS, tok guru sebut atas arahan PAS. Sekarang arahan PAS berbeza. Jika nak ikut yang sudah mati, pakailah. Tetapi yang sudah mati pesan supaya kekal dengan PAS, tak mahu ikut pula yang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Rakyat, petang tadi.
Serangan itu diberikan Nik Abduh selepas Husam tidak henti-henti menggunakan nama bapanya dalam 'menghalalkan' penyertaan ahli-ahli PAS untuk menyertai himpunan BERSIH 5 pada 19 November depan.

Untuk rekod, PAS tidak menyertai parti-parti politik pembangkang yang lain dalam himpunan tersebut, tindakan yang sama dilakukan pada tahun lalu. Ini bukan kali pertama Husam menggunakan nama bekas mursyidul am PAS itu sebagai cara menyerang kepimpinan parti tersebut.

Perbalahan antara Husam dan Nik Abduh sebelum ini juga berkaitan penggunaan nama bekas pemimpin PAS itu pernah terjadi ketika ADUN Salor berkenaan mahu menyertai Amanah.
"Sesiapa pun boleh guna (nama), tapi kena bertanggungjawab. Apa yang cakap, itu yang Tok Guru sebut. Jika orang faham Tok Guru, asas utama ialah suruh kekal dengan perjuangan islam dengan PAS. Saya nak halang tak boleh, semua orang kata tok guru ini guru mereka," ujarnya lagi.
Sementara itu mengulas hal yang sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, yakin sekiranya Nik Aziz masih hidup, sudah tentu beliau menghalang parti itu untuk menyertai himpunan berkenaan.
"Mungkin kalau Nik Aziz ada sekarang, mungkin dia kata tak perlu (sertai Bersih). Saya boleh buat andaian begitu. Itu terpulang kepada dia (Husam) sebab saya rasa untuk dapatkan kepastian pun tidak boleh. Memang dahulu kita sertai tetapi atas sebab tertentu kita buat keputusan untuk tidak sertai," ujarnya Ahli Parlimen Kota Bharu itu.
Apa yang pasti, tindakan Husam yang kerap kali mempergunakan nama Allahyarham Nik Aziz itu membuktikan yang dia sedang berada dalam keadan terdesak akibat ketandusan sokongan dari kalangan rakyat serta ahli PAS khususnya. Maka sebab itu Si Husam tu meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kalau arwah tok giru masih hidup agaknya dia suka tak parti pan? Agaknya di suka ke hussam keluar pas? Betul kata nik abduh, arwah suruh setia n peejuangkan islam dalam pas tp pg lompat parti, part tu xnak ikut pl ckp arwah...sudah la husam beesirilah atas kaki sendiri..klu pan hebat dari pas buktikanlah waktu bersih nanti..so berusahalah atas parti pan tuk tarik massa join bersih nanti, boleh ke husam?

    BalasPadam
  2. Nasib parti pas pus puss akan jadi seperti akhbar HARAKAH..
    Kasi free pung orang tak nak......

    ALERGIK......

    BalasPadam
  3. Ek eleh...Husam dah tak ada modal lgi. Trpaksa guna nama arwah tgna.

    BalasPadam
  4. Baik guna nama Mahatma Gandi...tentu org Pas tak marah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping