Sabtu, Oktober 29, 2016

Realitinya, kepimpinan PKR yang secara majoritinya berpusat di bahagian Semenanjung hanya sekadar berniat nak mempergunakan ahli PKR Sabah demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri semata - mata.

Seperti mana yang didakwa selama hari ini, agenda utama PKR itu diwujudkan sebelum adalah untuk kepentingan keluarga Si Ketua Penipu tu sahaja. Keadilan yang diperjuangkan hanya tertumpu kepada Si Ketua Penipu itu secara individu.

Maka tak hairan la sekiranya ada dikalangan ahli PKR di Sabah itu sendiri melahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditonjolkan oleh kepimpinan PKR Pusat dan menganggap diri mereka dianak-tirikan oleh kepimpinan PKR Pusat selama ini.

Seorang bekas ahli PKR Sabah yang enggan namanya didedahkan kepada umum mendedahkan, pimpinan PKR hanya memberi fokus kepada pergerakan parti di peringkat pusat, menyukarkan PKR Sabah untuk menjalankan kerja-kerja parti.

Malah, paling malang, menurut sumber tersebut, pemimpin tertinggi parti yang berpusat di Semenanjung itu tidak pernah tampil ke Sabah untuk bertemu dengan ahli - ahli dan penyokong - penyokong parti melainkan atas agenda peribadi.
"PKR hanya memberi fokus kepada pusat. Kami (PKR Sabah) diperlakukan seperti anak tiri, sebab tu kami semua keluar parti.
"Dari semua segi. Pimpinan tidak pernah datang tunjuk muka, bantuan kewangan untuk gerak kerja dan sebagainya. Kami bekerja sendiri tanpa bantuan pusat. Tapi hasil kerja keras kami, PKR (pusat) yang dapat nama," menurut sumber berkenaan.
Bekas Pengerusi PKR sabah, Datuk Seri Lajim Ukin sebelum ini bersama ADUN Moyog, Terrence Siambun telah mengisytiharkan diri mereka keluar parti pada 2 Oktober lepas diikuti bekas Setiausaha Agung PKR Sabah, Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah Johair Matlani.

Pokok pangkalnya, selama hari ini PKR Pusat yang dipimpin oleh Si Wan Azizah tu ternyata hanya mempergunakan rakyat Sabah yang menyertai parti itu untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri mereka sendiri. Bukannya diorang sibuk nak menjaga kebajikan rakyat di Sabah tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping