Sabtu, Oktober 29, 2016

Seperti mana yang didakwa sebelum ini, ternyata Si Mamat Botoks ni takde la setelus mana sangat orangnya. Apa yang pasti, dia bukan seorang manusia yang Maksum atau pun Suci seperti mana yang cuba digembar - gemburkan selama hari ini.

Jika sebelum ini, Si Mamat Botoks tu sering kali menjadi "Anjing Upahan" puak pembangkang untuk menyerang kepimpinan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dengan menjaja dakwaan kononnya Kerajaan Barisan Nasional ni tak telus.

Malah sewaktu dia masih berada dalam kepimpinan UMNO Bahagian pun, Si Mamat Botoks tu sering kali membuat dakwaan dengan memberikan gambaran seolah - olah UMNO ni semuanya tak betul. Semuanya tak kena pada pandangan dia.

Tapi ternyata, parti baru yang ditubuhkan oleh bekas kepimpinan UMNO yang Si Mamat Botok ni beria - ia sokong dan ampu pun, tidak la sebaik mana. Bahkan dia sendiri pun tidak setelus seperti mana yang cuba digambarkan kepada rakyat.

Hakikatnya, Si Mamat Botoks ni pun dilihat agak keberatan nak mengkritik parti yang dibodek selama hari ini. Sekaligus ianya membuktikan bahawa dia juga mengamalkan dasar Assobiyah sepertimana yang didakwa dilakukan oleh UMNO.

Kalau dulu, dia sering kali menuduh pemimpin UMNO cuba menutup kelemahan parti. Tetapi hari ini, dia juga yang melalukan perkara yang sama demi menjaga kepentingan Politik Peribadi partinya sendiri. Tidakkah itu Hipokrit namanya?

Tambah memalukan ialah apabila Si Mamat Botoks tu tampil memberikan amaran keras kepada mana - mana pihak dalam parti PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin agar tidak mempertikaikan tindakan dia meninggalkan parti tersebut.
Khairuddin yang juga bekas pemimpin Umno Pulau Pinang turut memberi amaran akan mendedahkan 'sesuatu' berkenaan parti itu sekiranya terdapat pemimpin PPBM yang menyerang beliau berhubung tindakannya keluar parti.
"Dan dalam isu ini, saya akan membuat kenyataan yang jelas, tetapi saya nak tengok tindak balas PPBM terhadap saya. Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam. Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar," tambahnya.
Yang peliknya, sejak bila pulak dia menyertai parti tersebut? Bukan ke dia sendiri yang berlagak Sombong dan Angkuh dengan mengatakan bahawa dia tidak memerlukan mana - mana parti Politik untuk membantu perjuangan yang dia lakukan?

Persoalannya, kenapa Si Mamat Botoks ni enggan memberi sebarang kritikan terhadap kepincangan parti yang didakwa disertainya itu sedangkan sebelum ini, sewaktu dalam UMNO, boleh pulak dia buat dengan cara yang lebih terbuka?

Itu membuktikan bahawa Si Mamat Botoks ni hanya sekadar ghairah nak mencari Publisiti Murahan semata - mata. Dalam erti kata lainnya, dia buat kerja bukan kerana nak memperjuangkan kebajikan rakyat. Tapi sebaliknya, dia hanya sekadar mahu mengejar populariti demi kepentingan peribadi dirinya sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. saya suka artikel anda mas, terimakasih ya :D

    BalasPadam
  2. Cermin diri kamu dulu. ...brengsek lu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping