Sabtu, Oktober 29, 2016

Nampak gayanya semakin hari semakin menjadi - jadi pulak puak Pakatan Haprak ni memperlekehkan peranan PAS secara terbuka dan menjadikan parti itu sebagai 'Punching Bag' untuk mereka melepaskan perasaan kecewa yang dihadapi.

Realitinya, dapat dilihat kadar sokongan kepada mana - mana gerakan yang cuba dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu semakin bertambah menyusut sejak kebelakangan ini ekoran tindakan PAS membelakangi gabungan parti pembangkang itu.

Keadaan itu sekaligus membuktikan bahawa kewujudan PAS masih lagi relevan didalam arus Politik tempatan dan menjadikan parti itu sebagai sebuah parti yang dominan dikalangan pembangkang dengan bilangan penyokong yang ramai.

Menyedari hakikat itu membuatkan kita sendiri tidak merasa hairan kenapa parti dalam gabungan Pakatan Haprak tu sering kali tampil dengan agenda mahu memperlekehkan PAS secara terang - terangan didalam sesi ceramah anjuran mereka.

Malah, parti dalam gabungan Pakatan Haprak tu juga acapkali membuat tuduhan dan dakwaan buruk terhadap PAS dengan melabelkan parti itu sebagai sebuah parti Pengkhianat hanya kerana ceramah mereka kurang mendapat sambutan.

Mungkin dikalangan puak Pakatan Haprak tu beranggapan, dengan cara memperlekehkan PAS secara terbuka itu mampu menambah jumlah pengikut dan penyokong mereka dimasa akan datang. Tapi malangnya, itu hanya impian kosong belaka.

Maka mungkin sebab itu puak Bershit ni pun buat benda yang sama. Dek kerana kecewa dengan sambutan yang diterima sepanjang mereka menganjurkan 'Road Show' Bershit kebelakangan ini, gabungan NGO itu mula memperlekehkan PAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, salah seorang pemimpin Bershit mendakwa mereka tak 'Kemaruk' pun dengan sokongan PAS terhadap perhimpunan yang bakal dianjurkan kelak. Apatah lagi jika parti itu memboikot mereka.

Malah pemimpin gabungan NGO Bershit itu mendakwa, PAS bukan sebuah parti yang mewakili kelompok majoriti orang Melayu di Malaysia. Maka sebab itu diorang tak kisah sangat jika PAS nak memboikot perhimpunan yang bakal diadakan.

Dalam masa yang sama, pemimpin Bershit itu juga turut memberikan gambaran seolah - olah PAS sekarang sudah kehilangan sokongan dan pengaruh. Terutama sekali dikalangan rakyat secara menyeluruh yang membuatkan parti itu sudah tidak relevan.

Apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin gabungan NGO Pro Pakatan Haprak ini membuktikan bahawa mereka tidak lagi memerlukan sokongan dan dokongan dari PAS. Tapi apa yang peliknya, ada juga pemimpin Pakatan Haprak tu yang masih terhegeh - hegeh menagih sokongan simpati murahan dari PAS!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Rakyat dah muak dgn agenda Bershit. Banyk yg kotor drpd yg bersih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju bro...sbb mereka bersekongkol dgn mereka yg hina agama aku...tunggu ajelah masanya...aku akan berhadapan dgn mereka.

      Padam
  2. BEERSHIT agenda Cina DAP yang memperguna orang Melayu jenis stupid idiot, tabik kepada PAS kali ini kerana tidak tunduk kpd DAP haramjadah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping