Khamis, Oktober 13, 2016

Heh! Hari ni agak kecoh juga dalam laman media sosial bercerita mengenai tindakan yang dikenakan terhadap Dato Seri Vida yang didakwa lari dari membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Kalau dilihat dari satu sudut, jumlah yang tak dibayar oleh Dato Seri Vida tu banyak juga. RM 4 juta!!! Macam - macam benda yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu. Tapi rasanya, bukan jumlah itu yang menjadi persoalan.

Sebaliknya, itu kes yang dilaporkan dalam media. Bagaimana pulak dengan yang lain? Taikun - Taikun yang kaya raya tu macam mana? Adakah mereka semua bayar cukai GST ni? Atau cuba melarikan diri seperti Dato Seri Vida?

Sewajarnya pihak media perlu keluarkan cerita yang seumpama dengan Dato Seri Vida ni supaya rakyat tahu berapa ramai dikalangan Taikun -Taikun yang kaya raya tu tak melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai.

Kalau difikirkan secara logik, mujur jugak ada GST ni. Kalau tidak rasanya, lagi ramai yang lari dari tanggungjawab mereka membayar cukai kepada Kerajaan. Yang menipu dan sebagainya lagi ramai sewaktu SST dilaksanakan sebelum ini. Jadi, tak heran la kenapa puak DAPigs tu marah sangat dengan perlaksanaan GST ni!!!
PETALING JAYA: Usahawan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida akan didakwa di Mahkamah Seysen di Ipoh hari ini atas kesalahan mengelak cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor Berita Harian.
Pengasas syarikat kosmetik Vida Beauty itu akan didakwa dengan 3 kesalahan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014, iaitu lewat membuat pendaftaran GST, gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai itu.
Semua kesalahan Dr Vida itu dipercayai membabitkan jumlah cukai yang tidak dijelaskan berjumlah hampir RM4 juta.
Berita Harian memetik sumber berkata jutawan kosmetik itu memamklumkan syarikatnya sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, namun belum menjelaskan cukai GST.
Beliau dilaporkan kecewa kerana tidak dimaklumkan oleh kastam yang dirinya akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya mengetahui melalui media.
Categories:

2 ulasan:

  1. Yg bayar GST tu bukannya peniaga tetapi rakyat/pembeli. Peniaga ni tukang kutip je. Dah kutip tu bayar jelah pada kerajaan jangan masuk poket sendiri. Itu mencuri namanya...tak berkat dan berdosa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuu..aku sokong..6% tu adalah cukai barangan yg dibayar oleh rakyat untuk krejaan.. Bkn cukai yg dikenakan oleh kerajaan untuk peniaga.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping