Hahaha!!! Lawak Badut apa yang cuba disajikan oleh Wan Azizah ni sebenarnya? Apa yang dia cuba nak buat? Adakah dia cuba nak menghiburkan hati dia yang lara selama hari ini dikecewakan oleh suaminya sendiri?
Kesian tengok Si Wan Azizah ni. Semakin hari semakin teruk pulak nyanyuk dia. Sudah la dia ni kurang kasih sayang dari suami yang selalu meninggalkan dia kerana sibuk melayan 'Budak Pembancuh Kopi' di hotel dan di villa.
Sekarang, dia pulak mula meracau benda yang bukan - bukan dan mendakwa kononnya Si Ketua Penipu tu tak kisah sangat dengan jawatan nak jadi Perdana Menteri ni. Malah nak bertanding dalam Pilihan Raya pun suami dia tak kisah.
Kata Si Wan Azizah, Si Ketua Penipu tu sampaikan pesan kepada penyokong - penyokongnya supaya mereka banyakkan bersabar dan jangan mempedulikan sangat isu tentang berkaitan dengan jawatan Perdana Menteri tu nanti.
"Beliau (Anwar) kata tidak, tidak penting bertanding atau tidak. Yang penting kita tukar kerajaan yang bobrok, mencengkam dan menindas kita, hingga tiada keadilan dalam negara kita.
"Tak penting Anwar bertanding atau tidak, tidak penting Anwar menjadi PM atau tidak, jawatan atau apa-apa habuan. Yang penting negara dan perjuangan kita, teruskan," katanya kepada penyokong Anwar selepas Mahkamah Persekutuan menangguhkan semakan semakan kes liwat itu, petang tadi.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah tu sebenarnya mempamerkan keyakinan dirinya bahawa Si Ketua Penipu tu memang dah dapat peluang nak jadi Perdana Menteri yang akan datang.
Dan tak mustahil juga kenyataan yang dibuat itu hanya sekadar wayang Politik Longkang Wan Azizah bagi meraih sokongan simpati murahan dari kalangan para pengikut Pakatan Haprak tu diperingkat bawahan.
Bahkan, kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai satu sindiran kepada Tun Mahathir yang sebelum ini mencadangkan nama Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri dan sekaligus mengenepikan Si Ketua Penipu tu.
Kenyataan itu dapat dilihat apabila Si Wan Azizah tu kata perjuangan Si Ketua Penipu tu perlu diteruskan walaupun tanpa mengharapkan sebarang jawatan atau pun habuan. Hakikatnya, mungkin dimulut je Si Wan Azizah tu kata yang Si Ketua Penipu tu tak nak jadi Perdana Menteri. Dalam hati, siapa tahu!!!
Memang tak layak pun anwar jdi pm.
BalasPadam