Sejumlah besar wang ditawarkan untuk rasuah, demikian dakwa bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai beliau ditawarkan RM2 juta sebulan sebagai bayaran bagi menutup mata terhadap aktiviti jenayah.
Mereka bagaimanapun silap percaturan apabila pemimpin tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu bukan sahaja menolak tawaran tersebut, bahkan mempergiatkan gerakan membanteras jenayah terancang.
"Semasa saya di sana (PDRM), sindiket menawarkan saya RM2 juta sebulan supaya membolehkan mereka menjalankan aktiviti perjudian, pelacuran, dadah dan lintah darat tanpa diperiksa.
"Saya tolak dan pastikan mereka ditangkap," katanya selepas Seminar Integriti dalam Perkhidmatan Awam dan Majlis Penutup Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini, Rabu.
Musa berkata, beliau juga turut terlibat dalam operasi penahanan beberapa orang ketua sindiket berprofail tinggi semasa beliau berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu sebelum ini.
Selain menegaskan bahawa amalan rasuah tiada tempat didalam pasukan keselamatan itu, Tan Sri juga mengakui bahawa beliau pernah dituduh mengambil rasuah semasa berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Melaka.
"Seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memberitahu saya bahawa saya disiasat kerana beberapa orang bahawa saya menggunakan nama saya untuk meminta rasuah.
"Saya beritahu pegawai itu untuk teruskan dan tahan mereka. Orang seperti itu jangan diberi muka," katanya.
Semasa menjadi Ketua Polis Negara, jawatan tertinggi dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia sebelum ini, Musa berkata, beliau mempunyai pendekatan bersungguh-sungguh dalam usaha membanteras jenayah terancang.
Salah satu kejayaan beliau apabila berjaya menahan tujuh orang suspek yang merupakan ketua geng warga Malaysia, termasuk seorang yang dikaitkan dengan geng di Singapura, pada Julai 2007. Ia susulan arahan beliau mempergiatkan gerakan Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7), jenayah serius malah termasuk unit soal siasat, secara besar-besaran di Lembah Klang dan Johor.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.