Sabtu, Oktober 01, 2016

Heh! Siapa sangka. Kemaruk PKR nak menagih kasih dari PAS nampak gayanya membuatkan pemimpin dikalangan parti PAN macam Si Khalid Samad ni cemburu buta tak tentu arah.

Pengarah Komunikasi PAN itu mengucapkan terima kasih kepada veteran PAS, Subky Latif kerana menjelaskan secara terbuka mengenai pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Haprak tu.

Kata Si Khalid Samad tu, kenyataan Subky Latif itu sekaligus membantu pakatan politik pembangkang untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah PAS.

Menurut Khalid, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar PAS.
"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.
Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.
"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri. Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.
Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu PAS menyertai barisan pembangkang sedangkan parti itu jelas tidak cenderung untuk bekerjasama.
"Cukuplah dengan ketidaktentuan dan kekaburan. Cukuplah dengan 'indecisiveness' yang sekian lama merencatkan pengukuhan PH. Biarlah kita bina apa yang ada pada kita. Dan dengan yang sanggup bersama kita. Adakan sedikit keberanian dan keyakinan diri," ujar Khalid.
Bagi sestengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad itu dilihat seolah - olah menyindir PKR yang selama hari ini masih lagi ketagih sokongan dan dokongan dari pimpinan PAS.

Sehingga ke hari ini, PKR melalui Timbalan Presidennya masih lagi berdegil mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang dan secara tidak lansung mengenepikan PAN sebagai badan gabungan dalam Pakatan!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Nampaknya impian khalid nak ke putrajaya semakin pudar...eh eh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping