Rabu, Oktober 05, 2016

Bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin meminta semua parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan PAN serta sekutunya PPBM tidak bertanding di Sabah untuk memberi laluan kepada parti-parti tempatan berdepan dengan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru atau empat penjuru, maka agak malang lah bagi Pakatan Harapan (PH) dan kami semua. Kerana asalnya kita mahu menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Jadi itu agak malang. Tapi kalau mereka inginkan menawan Putrajaya, maka mereka harus mendengar kehendak rakyat Sabah.

“Maknanya dalam pilihan raya umum PKR, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), DAP dan Amanah tidak meletakkan calon di Sabah. Kita mahu supaya kita menjadi komponen. Itu cadangan kita tapi itu bukan keputusan muktamad, kena dibincangkan di kalangan pimpinan peringkat negeri Sabah,” katanya kepada Antarapos.

Menurutnya, sepanjang menerajui PKR negeri, beliau menghadapi masalah untuk menyakinkan pengundi bahawa PKR bukan parti Semenanjung, walaupun PKR Sabah telah diberi kuasa autonomi.

“Ada yang kata, kami (PKR) kami juga memperjuangkan autonomi Sabah dan sebagainya. Tetapi bila kita kembali ke Sabah dan jumpa dengan rakyat, kita dapat maklum balas daripada pelbagai golongan, nampaknya mereka (rakyat) tidak boleh terima.

“Mereka mahu pemimpin Sabah bersatu dan bekerja untuk pastikan bahawa pemimpin dan rakyat Sabah yang menentukan masa depan mereka,” katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. LU ni tak ada cermin ke di rumah dia. ..tengok nnti kalau shafei tak bagi pang kat kat dia, dia a know lompat mcm katak ke parti lain. Org yg sikada maruah ni boleh jadi pemimpin ke. ..bullshit

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping