Ahad, Oktober 23, 2016

Nampak gayanya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ni tak puas lagi nak buat puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Jika semalam, Si Nik Abduh ni memberikan gambaran seolah - olah puak Pakatan tu tak Profesional.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Nik Abduh tu kata, Ahli Parlimen PAS tidak mengikut tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pakatan kerana mereka mahu mendengar pembentangan Bajet 2017 yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Ternyata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nik Abduh tu menimbulkan pertikaian dikalangan puak Pakatan Haprak. Kali ini, Si Nik Abduh tu sekali lagi tampil dengan kenyataan yang dilihat mampu membuatkan puak Pakatan Haprak tu semakin bengkak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kekecohan yang berlaku ketika mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 tidak sepatutnya terjadi kerana ia merupakan masa dan ruang yang diperuntukkan khusus kepada perdana menteri.

Dalam masa yang sama katanya, Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh - sungguh membawa penambah-baikan dalam perjalanan sidang Dewan agar lebih mulia dan dihormati oleh pelbagai pihak, termasuk dari Negara luar.
“Pembentangan Bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri  berucap membentangkan Bajet. Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ahli Parlimen pembangkang mengganggu ucapan Perdana Menteri dan bertindak keluar Dewan ketika ucapan bajet sedang berlangsung. Tindakan itu bagaimanapun tidak dituruti oleh Ahli Parlimen Pas.

Malah menurut kata Nik Abduh lagi, tindakan keluar dewan seperti yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak tu sebelum ini bukan sahaja tidak profesional, malah ianya hanya sekadar sia - sia dan membazirkan masa semata - mata.
“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.,”katanya.
Dalam erti kata lainnya, tindakan puak Pakatan Haprak tu keluar dewan sewaktu pembentangan Bajet 2017 yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini jelas tidak beretika, tidak menghormati Dewan Rakyat serta menonjolkan sifat kebudak - budakkan dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Haprak tu sendiri!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Nanti ada plk yg kata Nik Abduh makan dedak Najib...itu trend skrg.

    BalasPadam
  2. Semua stok dedak dah habis pun, stok yg last sekali DAP dah beli untuk PAN dan PPBM.

    BalasPadam
  3. Ni baru pembangkang sebenar yg btul2 nak mmbela rakyat dan negara.. Aku rasa nak sokong pas pulak...

    BalasPadam
  4. Perbezaan yg cerdik dgn yg tolol boleh dolihat dari tingkalaku dan percakapannya.
    Tak rugi pengundi P.Mas memenangkan Nik
    Abduh

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping