Ahad, Oktober 23, 2016

Datuk Azih Muda mempertikaikan peranan serta siapa sebenarnya Penang Institute yang sewenangnya memberikan cadangan supaya jumlah penjawat awam dan kakitangan Kerajaan dikurangkan bagi tujuan menurunkan defisit belanjawan negara.

Dalam erti kata mudahnya, badan pemikir yang ditubuhkan oleh pihak Rejim DAPigs Pulau Pinang itu sebelum ini cuba memberikan gambaran seolah - olah punca Negara mengalami kerugian adalah disebabkan terlalu ramai Kakitangan Kerajaan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata kesatuan tidak bersetuju langsung dengan cadangan berkenaan dan menganggap kenyataan badan pemikir kerajaan Pulau Pinang itu “tidak boleh pakai”.
“Dia tak berpijak di bumi yang nyata. Dia pandai bercakap sahaja, dari segi perlaksanaan tak tahu. Bagaimana rakyat nak perkhidmatan kerajaan. Dia lihat dari segi ekonomi, tidak tak melihat dari segi perkhidmatan.
“Kita yang berkhidmat bekerja di bawah untuk rakyat. Rakyat kadang-kadang menunggu untuk dapatkan perkhidmatan daripada kerajaan. Kita hendak beritahu, dia badan pemikir siapa,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penang Institute yang menggesa kerajaan mereformasi dan mengecilkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Selain itu, katanya tindakan itu juga boleh melepaskan bakat dan sumber manusia ke sektor swasta dan menerusi Bajet 2017 juga Penang Institute berpendapat terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam. Azih berkata Penang Institute tidak mempunyai kapasiti untuk mengemukakan cadangan seperti itu.

“Adakah dia fikir untuk mengisi perjawatan dalam kerajaan ini cukup dengan struktur organisasi, perlu ada justifikasi, ada kewangan, ada matlamat, ada kementerian, ada jabatan,” katanya.

Apa yang pasti, cadangan yang dikemukakan oleh badan pemikir Pro Rejim DAPigs itu menunjukkan bahawa mereka tidak lansung memikirkan soal kebajikan penjawat awam dan kakitangan Kerajaan yang sedia ada diseluruh Negara pada ketika ini.

Sebaliknya, badan pemikir Pro DAPigs tu hanya menganggap penjawat awam dan kakitangan kerajaan sedia ada ini menyusahkan dan menjadi punca kepada 'Penyakit Kronik' yang melanda Negara sehingga menyebabkan Negara mengalami defisit.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tapi masih ramai lagi kakitangan kerajaan yg kena ubah sikap kalau tak nak pembangkang jadi kan isu. Buat kerja cincai2, rehat minum kopi pukul 10.00 pagi perlu ke kalau baru breakfast pada pukul 7.00 7.30 pagi. Semasa kerja banyak bersembang. Hari jumaat lagi teruk sebab waktu rehat yg dah cukup panjang dipanjangkan lagi oleh kakitangan, tengok tengok jam dah nak balik.

    BalasPadam
  2. Memang ada ktangan kerajaan mengulat..mengutip rezeki yg tak berapa nsk halal utk kelurga tapi tak semua.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping