Ahad, Oktober 16, 2016

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyokong saranan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bahawa menjadi tanggungjawab semua ahli parlimen Muslim menyokong Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga turut berkata, sokongan dari kalangan Ahli Parlimen itu sememangnya tanggungjawab beragama kepada semua ahli parlimen Muslim yang memahami Islam.  

Menurutnya, Akta 355 sedia ada tidak memberikan hak yang sebenar kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada tiga kesalahan jenayah iaitu jenayah minum minuman memabukkan, jenayah menuduh orang Islam berzina tanpa bukti dan jenayah persetubuhan haram. 

"Sedangkan ketiga-tiga kesalahan itu hukumannya dalam Islam ialah dirotan dengan rotan kecil yang tidak melukakan kulit apatah lagi isi. 

"Adapun sebat yang diamalkan oleh Mahkamah Sivil yang menyakitkan dan melukakan kulit serta isi adalah bercanggah dengan Islam.

"Maka menjadi kewajipan kepada ahli parlimen Islam untuk mengubah dan meminda akta 355 kepada teks sebagaimana dicadangkan oleh ahli parlimen Marang iaitu 'Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman menurut undang-undang Syariah'," katanya dalam satu kenyataan.

Pada ketika ini, mahkamah syariah hanya menetapkan hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan. 

Dalam pada itu, Khairuddin turut membidas kenyataan pemimpin DAP, Zairil Khir Johari yang menyifatkan kenyataan Harussani tidak patut dilayan kerana ia 'bukan pandangan muktamad'.  

"Pandangan Zairil yang menolak pandangan agama yang dikeluarkan oleh Mufti Perak usah dilayan kerana dia tidak memahami hukum Islam," katanya.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan RUU 355 pada sesi Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini, bagi mencadangkan agar pindaan dibuat terhadap Akta 355.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Jgn layan yg jahil beecakap pasal hukum. Mufti lebih faham.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping