Semenjak Si Husam Musa ni mengambil keputusan untuk keluar dari PAS dan menyertai parti Ternakan DAPigs tu, nampak gayanya kotak pemikiran dia bukannya semakin terbuka. Sebaliknya cara dia berfikir semakin sempit dan jumud.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Husam tu mempergunakan nama Allahyarham Nik Aziz sebagai bahan modal Politik Longkangnya bagi meraih sokongan simpati rakyat agar turut serta dalam perhimpunan Bershit 5 yang akan datang.
Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Husam yang menjual nama bekas Mursyidul Am PAS itu merupakan taktik Politik Jijik yang dianggap sebagai satu penghinaan terhadap nama baik Allahyarham Nik Aziz itu sendiri.
Mengulas lanjut, PAS sendiri berpandangan bahawa tindakan Si Husam itu membuktikan yang dia bukan sahaja berfikiran sempit dan jumud. Malah ianya memperlihatkan cara pemikiran Husam yang semakin 'Membeku' sejak keluar dari PAS.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS berkata, keputusan untuk menyertai BERSIH bukan dibuat secara bersendirian oleh Allahyarham Nik Aziz tetapi ia diputuskan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, bergantung kepada matlamat himpunan itu dianjurkan.
"Saya rasa dia (Husam) tidak faham kaedah. Amanat setiap benda ini berdasarkan kepada apa yang berlaku pada hari ini. Satu benda boleh berubah pada faktor keadaan dan suasana dan juga matlamat. Jadi kalau memegang kepada amanat (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz secara yang seumpama itu beku dan jumud namanya, saya fikir ia salah," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen hari ini.
Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu turut menegaskan bahawa Husam juga tidak boleh mengguna hujah lama untuk dibahaskan dengan isu semasa, terutama sekali apabila objektif himpunan BERSIH 5 itu sendiri sudah berubah.
"Dulu kita memutuskan untuk hadir BERSIH bukan pandangan Nik Aziz, BERSIH sebelum ini kita hadir dan kita sertai. Yang terbaru kita tidak akan hadir, itu keputusan kita.
"Keputusan bukan berdasarkan kepada seseorang, ia keputusan peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang terakhir ialah kami tidak menyertai BERSIH yang terakhir dan kelima. Itu keputusan kita, BERSIH dulu adakah sama dengan BERSIH sekarang? Selepas kita tidak bersama Pakatan Rakyat. Itu isu yang kena kita faham," ujarnya.
Maka secara kesimpulannya, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam itu juga memperlihatkan bahawa dia sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak mahu mencari sokongan simpati dari kalangan ahli PAS yang kian pudar terhadap dirinya.
Malah, keghairahan Husam menyokong kepentingan Politik Peribadi DAPigs dan Bershit juga secara tidak lansung membuktikan yang dia kini sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak dan kemahuan parti itu sehingga dia rela memperbodohkan dirinya sendiri sedemikian rupa!!!
Husam perasan dgn Bersih tu agaknya blh buka peluang dia ke Putrajaya. Payahnya klu nak ikut angin org yg kejar jawatan.
BalasPadam