Isnin, Oktober 17, 2016

Itulah dilema yang terpaksa dihadapi oleh PKR pada ketika ini. Nampak sangat yang diorang ni sekarang sedang berada diantara persimpangan dan terperangkap dalam jerat Politik Songsang yang cuba dimainkan selama hari ini.

Jika selama hari ini, PKR boleh menghidangkan kepada rakyat permainan wayang Politik Retorik dengan mendabik dada sambil mendakwa hubungan kerjasama mereka dengan PAS berada pada tahap yang cukup baik seperti sebelum ini.

Tapi hakikatnya, PKR hanya bermimpi disiang hari apabila parti itu tetap dikawal oleh DAPigs yang dianggap sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu. Diorang tak mampu nak melepaskan diri dari kawalan ketat yang dikenakan oleh DAPigs.

Apa yang pasti, hubungan kerjasama diantara PAS dan PKR hanya boleh dianggap sebagai 'Superficial' yang tidak berpijak pada bumi yang nyata sedangkan pada dasarnya, hubungan mereka tidak seperti mana yang digambarkan selama ini.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila ada dikalangan pemimpin kanan PKR yang berani tampil secara terbuka membuat dakwaan terhadap PAS yang melabelkan parti itu sebagai sebuah parti yang kerap kali melakukan Pengkhianatan.

Malah mereka mendakwa, bukan sekali dua PAS melakukan tindakan sedemikian sewaktu mereka berada didalam Pakatan. Bahkan berulang - ulang kali sehingga menyebabkan parti itu kemudiannya disingkirkan dari Pakatan sebelum ini.

Namun secara Retoriknya, PKR melalui Presidennya semalam memberikan gambaran seolah - olah PAS masih lagi dianggap sebahagian daripada anggota komponan Pakatan walaupun mereka tidak bekerjasama dengan DAPigs dan PAN.

Maka sekiranya PKR menganggap PAS sebagai rakan sekutu mereka, adalah wajib bagi Ahli Parlimen parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada cadangan yang dibawa oleh Presiden PAS bagi meminda RUU 355 berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah.

Sokongan penuh dari kalangan Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam itu perlu untuk memastikan Akta tersebut diluluskan didalam sidang Parlimen kali ini dan sekaligus dapat dilaksanakan di Negeri Kelantan bermula tahun hadapan.

Sebagai rekod, PAS hanya memerlukan 112 undi bagi memperolehi majoriti mudah untuk mendapat kelulusan RUU tersebut. UMNO (86) dan PAS (14) sudah mencukupi sebanyak 100 kerusi. Manakala PKR pula mempunyai (16) kerusi Parlimen.

Dengan sokongan penuh dari kalangan Ahli Parlimen PKR itu sahaja akan menjadikan hasrat PAS sebagai satu kenyataan. Maka persoalannya, adakah PKR sanggup memberi sokongan kepada PAS sebagai menghargai hubungan Politik diantara mereka? ATAU, adakah PKR sedia untuk menjilat ludah mereka sendiri dan menjadi 'Pengkhianat' kepada PAS???
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping