Khamis, Oktober 06, 2016

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, untuk terus menerajui kepemimpinan negeri ini.

Mereka diketuai oleh ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin tampil menyatakan solidariti wakil rakyat Barisan Nasional itu pada sidang media khas di sini, sebentar tadi.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka menegaskan bahawa Adnan masih mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus menerajui barisan kepemimpinan.

Shahiruddin berkata, Adnan juga masih mendapat mandat dan sokongan daripada semua ADUN BN di negeri ini.
"Kami amat selesa bekerja secara berpasukan bersama beliau (Adnan) dan beliau juga berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat antara wakil rakyat, ketua jabatan dan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Shahiruddin juga turut berkata, salinan kenyataan dan senarai kehadiran semua ADUN yang hadir pada sidang media khas itu akan diserahkan kepada Adnan dalam masa terdekat.

Sidang media itu dihadiri semua ADUN BN, kecuali ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak; ADUN Bebar, Datuk Fakhruddin Mohd Arif dan ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapha Long yang mempunyai urusan kerajaan negeri di ibu negara.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping