Selasa, November 01, 2016

Bukan la niat artikel ni nak menghina seorang veteran dalam Politik. Tetapi rasa agak mengejutkan juga bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Veteran UMNO ni. Nak pulak selepas dia mengambil tindakan keluar dari UMNO.

Tak terlintas lansung dalam benak sanubari ni nak membaca satu kenyataan yang keluar dari mulut seorang Veteran Politik seperti Tan Sri Sanusi Junid ni. Sampai terlintas dalam kepala secara tidak lansung memikirkan tajuk seperti yang diberikan.

Apa Gila ke Tan Sri Sanusi Junid ni bila dia keluarkan kenyataan tersebut? Adakah dia hanya mempunyai niat mahu menghuru-harakan Negara selepas puak Pakatan Haprak tu berjaya merampas kuasa pemerintahan dari Barisan Nasional?

Kalau dibaca kenyataan yang dikeluarkan, memang itu gambaran yang cuba diberikan. Tak perlu kita nak fikir panjang sebab kenyataan yang dibuat itu sahaja seolah - olah membayangkan keadaan Negara sekiranya puak Pakatan tu memerintah kelak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Tan Sri Sanusi Junid menggesa agar puak Pakatan pembangkang tu menjalinkan kerjasama dan bersatu untuk menumpaskan musuh utama mereka menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tapi yang lebih memeranjatkan ialah apabila Tan Sri Sanusi mendakwa puak Pakatan pembangkang itu mempunyai lebih banyak masa untuk 'berperang sesama sendiri' selepas mereka berjaya merampas kuasa dari Kerajaan Barisan Nasional.
KUALA LUMPUR: Banyak masa untuk “berperang sesama sendiri” selepas musuh negara ditewaskan, kata bekas veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Menyelar bekas partinya, Sanusi menyeru semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya bersatu dalam matlamat menumpaskan musuh negara, dan musuh bangsa Melayu.
“Ketahuilah bahawa semua berita yang busuk mengenai PPBM datangnya daripada pemakan dedak Umno yang jahat,” katanya sambil merujuk kepada istilah popular untuk sogokan.
“Ahli PPBM hendaklah mengulangi nama-nama mereka yang berada dalam Umno yang menjadi musuh bangsa Melayu dan negara,” tambah Sanusi dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Sanusi Junid itu telah disiarkan melalui laman portal Free Malaysia Today dengan tajuk seperti yang tertera didalam gambar diatas. Ianya sekaligus memberi bayangan seolah - olah Negara akan bertambah huru hara.

Cuba bayangkan. Sekiranya puak Pakatan pembangkang tu bersatu diatas desakan yang dibuat tetapi kemudiannya bercakaran seperti mana yang sedang hangat berlaku pada ketika ini, apa akan jadi kepada nasib yang menimpa rakyat?

Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Sanusi Junid itu membuktikan bahawa puak Pakatan pembangkang ni semuanya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Masing - masing kemaruk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata. Jadi, kalau diorang ni dapat kuasa, memang jahanam la Negara jawabnya!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. MB yang paling hebat dalam sejarah Kedah moden. Hasil minda Tan Sri Cermin Mata Hijau ribuan ton padi telah dituai dari atas bumbung rakyat Kedah.

    BalasPadam
  2. Biasalah komen orang politik bangsa Melayu.semua untuk kepentingan dan agenda peribadi

    BalasPadam
  3. Memang wajib bagi setiap insan yang waras menentang kezaliman yang dilakukan oleh MO1......!!!Negara ini sedang menuju kepada kehancuran,,maka MO1 mesti di buang jauh-jauh sebelum Negara ini bungkus

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping