Ahad, Oktober 09, 2016

Jika dibaca dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir ni seolah - olah memberikan gambaran kepada rakyat bahawa PAS merupakan sebuah parti yang hanya pentingkan diri mereka sendiri.

Tun Mahathir cuba membayangkan kepada rakyat bahawa PAS merupakan sebuah parti yang masih menyimpan dendam kesumat terhadap DAPigs sehingga parti itu melupakan agenda asal perjuangan mereka.

Penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dalam keadaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir ini, beliau akan cuba memujuk PAS dalam menyatukan kesemua parti pembangkang.

Tambahnya, apatah lagi kedua-dua parti tersebut pernah bersama dalam beberapa siri PRU sebelum ini, malah kemenangan PAS di beberapa kerusi juga turut dipengaruhi oleh DAP.

"Ini sangat menyedihkan kerana sebelum ini PAS bersama DAP. Undi PAS juga bertambah kerana DAP. Kerana undi Cina membantu PAS untuk menang. Di kawasan di mana kaum Cina pengundi tertinggi. Saya harap boleh berbincang dengan PAS untuk memberi penerangan, " katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sebelum ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menjadi orang tengah untuk menyatukan PAS dengan parti pembangkang yang lain. Malah beliau mendakwa mendapat sokongan positif daripada kepimpinan tertinggi parti itu.

Namun Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata, parti itu tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mengingatkan PAS supaya mengenepikan sengketa mereka dengan DAP untuk memberi fokus kepada PRU yang akan datang bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Tambahnya, perbezaan pendapat tersebut boleh diselesaikan setelah memenangi pilihan raya akan datang.

"Terdapat perbezaan antara kita, tetapi jika kita fokus pada perbezaan, kita tidak boleh bekerjasama. Jadi, kita patut tumpu kepada perkara penting, mengubah kerajaan. Selepas itu, kita selesaikan kemudian masalah sesama kita (pembangkang)," katanya lagi.
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Semakin usia bertambah semakin galak dok ligan dunia. Terserlahlah sifat seorang mantan PM Malaysia 22 tahun disebalik wawasan yang hanya untuk temolok keluarga dan kroni2 nya.

    Lambat laun akan segala muslihat akan memakan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Klu madey rasa kuat sangat tak payah la nak tagih sokongan pas. Teruskan apa yg kamu rasa nak buat. Tengoklah nanti mcm mana respon rakyat.

    BalasPadam
  3. Berat nanang orang tua ni bekerjasama dahulu lepas menang baru fikir nak selesaikan persengketaan.
    ORANG BODOH DAN HILANG AKAL SAHAJA YANG AKAN DENGAR DAN IKUT CAKAP orang tua ni.
    Entah entah selepas menang duk berebut jawatan dan mengumpul kekayaan serta membiarkan rakyat banyak ternanti nanti apa faedah duk sokong dan undi parti bolog sering.

    BalasPadam
  4. Pandai LA ko nk kencingkn pas, pas sudah bnyk berubah.

    BalasPadam
  5. Kesian dia...

    BalasPadam
  6. Pas dah letih dikencin dan dikudakan...
    Pas sudah tetap pendirian...
    Pas sudah serik dan letih ber'u-turn'..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping