Isnin, Oktober 17, 2016

Nampak gayanya, kemaruk Si Wan Azizah masih belum habis apabika mendakwa masih ramai ahli PAS yang bersama pakatan pembangkang meskipun ada parti itu yang tidak bersama daripada segi kerjasama dengan DAPigs.

Si Ketua Pembangkang itu dilihat masih lagi optimis meskipun secara umumnya diketahui bahawa PAS enggan bekerjasama dengan DAPigs namun kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang tidak bertindih.

Dalam lamunannya, Si Wan Azizah tu yang beranggapan PAS masih bersama dengan Paatan Haprak tu kata, kerusi dimana PAN dan PAS akan bertanding kelak akan ditentukan melalui rundingan yang bakal diadakan nanti.

Ingauan Si Wan Azizah tu juga mendakwa bahawa Pakatan Haprak tu banyak belajar daripada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lalu yang menyaksikan pertandingan banyak penjuru dikalangan Pakatan dengan Barisan Nasional.
“Kita akan belajar juga daripada hasrat kita yang mendepani segala hasrat individu itu untuk negara. Apa yang penting sekarang ialah untuk pembangkang menubuhkan blok terbesar,” katanya dalam satu temu bual dengan Sinar Harian, hari ini.
Dalam masa yang sama, Wan Aziah juga turut percaya bahawa PAS merupakan sebuah parti yang realistik dan memang wujud perbezaan yang sangat ketara diantara PAS Selangor dengan kepimpinan pusat parti Islam itu.

Beliau turut memberi contoh Naib Presiden PAS dan Exco Selangor yang sebelum ini berkata DAPigs dan PAS masih boleh duduk sekali di negeri itu walaupun PAS mengeluarkan kenyataan tidak boleh bekerjasama.
Tetapi apabila datang kepada fungsi kuasa, saya kira PAS tahu dan juga mahukan tahap kerjasama tertentu dengan PKR sebagai orang tengah. Walaupun Selangor ini unik sikit sebab ada Amanah. Saya kira boleh diusahakan lagi,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Wan Azizah tu cuba memberikan gambaran bahawa PAS merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian serta prinsip dalam perjuangannya. Demi kuasa, PAS sanggup berubah pendirian mereka.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS yang baru dilantik, Hashim Jasin berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup berdepan pertembungan 3 penjuru dengan parti pembangkang serta BN dalam PRU14.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan Amanah akan hanya diputuskan pada mesyuarat PAS Pusat pada 22 hingga 23 Oktober depan di ibu pejabatnya, di mana jawatankuasa itu juga akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti pembangkang.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Kalau setakat nak menguntungkan DAP, prinsip apakah yg ada pada PKR?

    BalasPadam
  2. Terpaksa agree yang prinsip wan jijah tidak berubah, dari mula pertubuhan PKR sampai lah sekarang, ia itu - NAK BEBASKAN LAKI DIA

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping