Selasa, Oktober 04, 2016

"Semuanya sudah terlambat!!!" Itu pandangan yang diberikan oleh seorang sahabat apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR berhubung isu keluar parti semalam.

Kata sahabat itu, kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah selaku Presiden sebuah parti yang kononnya memperjuangkan 'Keadilan' hanya layak dianggap sebagai '"Meludah ke mukanya sendiri".

Malah sahabat itu juga turut menegaskan, kenyataan Wan Azizah itu membuktikan bahawa PKR tidak konsisten dalam isu berkaitan dengan moral serta disiplin dikalangan pemimpin Politik.

"Sepatutnya Wan Azizah perlu kekal dengan pendirian, menyelar tindakan pemimpin Politik yang suka keluar masuk parti sesuka hati mereka. Bukan bertindak seperti lalang," jelas sahabat tersebut.

Bahkan, sahabat itu juga turut menyelar tindakan Wan Azizah yang hanya mendiamkan diri bila isu berkaitan dengan saranan Si Ketua Penipu tu berhubung isu 16 September sebelum ini.

"Pada ketika itu, kenapa Wan Azizah hanya mendiamkan diri? Kenapa masa Lajim Ukin mula - mula keluar UMNO dahulu, Wan Azizah hanya membiarkannya tanpa sebarang kritikan?

Dan yang terbaru, tindakan Bekas Ketua Pemuda Keadilan (AMK), Ezam Md Noor yang keluar dari UMNO. Kenapa Wan Azizah tidak sentuh langsung isu berkenaan?" soal sahabat itu.

Mengulas lanjut, sahabat itu juga mendakwa pemimpin yang suka bertindak keluar masuk parti ini sebagai golongan manusia yang "Tidak Bertanggungjawab" dan "Tidak Beramanah".

Apa yang jelas, kenyataan Wan Azizah berhubung pemimpin Politik keluar masuk parti sesuka hati kerana didakwa mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka hanya sekadar sia - sia.

Sebaliknya, ia memperlihatkan kelemahan dan kegagalan Presiden PKR itu sendiri dalam menyuarakan 'Keadilan' serta sekali gus membuktikan bahawa pendirian parti itu lebih bersifat 'Berat Sebelah'. Mereka cenderung mengamalkan dasar Assobiyah secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping