Khamis, November 17, 2016

Rentetan dari 'Surat terbuka' seorang individu yang mengaku dirinya sebagai ahli PKR yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial terutama dalam kumpulan Whatsapp menyerlahkan lagi sifat 'Tunggul Kayu' Wan Azizah kepada umum.

Shafiq bin Abdullah, dalam surat terbukanya itu tampil mempersoalkan tindakan Presiden PKR yang hanya mendiamkan diri berhubung kemelut yang melanda parti itu walaupun isu yang dibangkitkan sudah lama menjadi buah mulut.

Antara lain yang menjadi persoalan ialah mengenai sikap berdiam diri yang dilakukan oleh Wan Azizah terhadap penyelewengan kuasa yang semakin berleluasa dikalangan pemimpin parti, terutama yang melibatkan Ahli Parlimen Ampang.

Namun katanya, sikap membuta dan membisu yang diambil oleh kepimpinan tertinggi PKR terhadap kerakusan Zuraidah menyamun kontraktor - kontraktor serta pemaju perumahan di sekitar kawasan Selangor membuatkan dia rasa kecewa.
"Adakah orang-orang diatas dalam parti turut disuap oleh YB Zuraidah ? Atau Kak Wan juga turut menerima kondo-kondo kuota percuma YB Zuraidah yang diberikan oleh para pemaju perumahan untuk setiap projek yang dimajukan di kawasan Ampang?" soalnya.
Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan tertinggi parti dilihat tidak berani nak mengambil tindakan terhadap apa yang sedang berlaku pada ketika ini sehingga membuatkan ahli diperingkat akar umbi mula hilang keyakinan terhadap mereka.

Katanya, perilaku buruk yang dipamerkan oleh pemimpin terutama dikalangan Ahli Parlimen PKR itu sendiri bukan sahaja telah mencalarkan imej parti dimata masyarakat, malah ianya turut memberi beban kepada parti serta ahli - ahlinya.
"Jika Kak Wan betul-betul ada keberanian sebagaimana beraninya Kak Wan melawan UMNO dan BN, maka Kak Wan kena tunjukkan ketegasan mengambil tindakan keatas mereka sekarang sebelum keadaan menjadi parah dan merebak kepada ahli-ahli lain.
"Kak Wan kena tunjukkan kepada rakyat bahawa parti kita tiada kompromi dalam isu-isu yang melibatkan rasuah. Jika Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak terpalit dengan sesen rasuah dan hanya kerana enggan melepaskan jawatan MB, boleh dipecat dari parti atas alasan tidak mengikut arahan parti, kenapa mereka-mereka yang terlibat dengan skandal yang memalukan dan mensabotaj parti tidak boleh diambil tindakan?
"Sebagai penutup, saya mengulangi sekali lagi agar Kak Wan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini dan perlu bertindak dengan segera mengambil tindakan terhadap mereka. Kak Wan perlu adil kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan rakyat Selangor yang menyokongnya.
"Jika tiada tindakan segera maka kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Selangor dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada gunanya kita menghabiskan peluru menentang musuh jika di dalam rumah kita pisau dan parang berterbangan menikam dan mencincang sesama sendiri," tegasnya lagi.
Apa yang jelas, sikap berdiam diri dan takut nak mengambil tindakan yang dipamerkan oleh Si Wan Azizah  terhadap kepimpinan parti yang telah mencemar imej 'Suci' dan 'Maksum' sekaligus membuktikan yang dia hanya seorang ketua yang bersifat sama seperti Tunggul Kayu semata - mata. Kalau setakat pandai duduk diam je, baik tak payah jadi pemimpin!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kak Wan ni tak ada kebolehan utk memimpin sebenarnya. PKR agak malang krn lantik org mcm ni jadi ketua. Makin hari makin lemah.

    BalasPadam
  2. Kak Wan sepatutnya dok rumah jaga cucu dan didik anak2 dia supaya menjadi insan mulia...bukannya kaki fitnah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping