Khamis, November 17, 2016

Ketika isu Ahli Parlimen PAS Temerloh YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi membeli sebuah kereta Toyota Velfire menggunakan AP yang diperolehi oleh setiap Ahli Parlimen, bukan main lagi berkokok, menjerit dan bertempik juak-juak penggiat siber dan media sosial PAN dan PKR menyerang dan menghentam sambil mempersoalkan dari mana datang duit untuk beli kereta berkenaan.

Bila Ketua Wanita PKR Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang didedahkan memiliki tidak kurang 8 buah kereta termasuk beberapa buah dikategorikan sebagai mewah, pandai pula memberikan jawapan bahawa setiap Ahli Parlimen dalam sepenggal mendapat 3 AP, dengan itu mampu beli kereta harga diskaun.

Masa Pakar Strategi paling brilian, genius, pintar, bijak, tersohor, terhebat, terhandal dan terbilang seantaro dunia YB Hj Rafizi Ramli ketika disoal wartawan akan komennya tentang dihukum 18 bulan penjara dibawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi, dia menjawab sebagai penerima elaun bulanan RM26,000 sebulan, menjadi tugas dan tanggung jawabnya bersuara demi rakyat.

Ertinya, elaun seorang Ahli Parlimen termasuk pelbagai elaun ialah RM26,000 sebulan. Dengan elaun sebanyak itu pasti mampu beli sebuah Toyota Velfire harga diskaun berpuluh ribu ringgit dengan menggunakan AP pemberian kerajaan secara percuma sebagai ahli parlimen. Bukan beli tunai pun katanya.

Peliknya apabila didedahkan seorang Ketua AMK Cabang Ampang berumur baharu 28 tahun kaya raya sampai memiliki rumah bernilai RM7 juta dan deretan kereta mewah melebehi RM1 juta tidak pula juak-juak ini terpekik, terlalak dan terlolong mempertikaikannya.

Ada yang bersuara menyerang keras sambil berkata jangan nak berhati busuk, dengki, khianat, sakit hati atas rezeki melimpah ruah seseorang. Agak - agak kalau Dato' Disneyland ini Ketua Pemuda PAS bagaimana ek dia diserang, dimaki hamun dengan kata-kata kesat oleh juak-juak PAN dan PKR?

Omak sahaja nak tahu jer. Omak pun sedar sudah lama PKR ini satu-satunya setakat ini parti paling suci murni, tiada kompromi dan toleransi mengenai rasuah, fitnah, salah guna kuasa, penyelewengan, penipuan dan ketidak adilan.

PS: Dari satu sudut, memang tak heran lansung dengan tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak ni. Diorang memang dah biasa mempergunakan amalan taktik Politik Retorik bertaraf Longkang seperti yang dipaparkan.

Pokok pangkalnya, kalau isu berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh "Anak Ikan" Si Mak Lampir tu kena pada orang lain, pandai pulak puak Pakatan Haprak ni membangkitkan pelbagai persoalan mengenainya.

Nak pulak kalau ianya melibatkan pemimpin UMNO. Lagi hebat diorang buat tuduhan dan menjaja fitnah mendakwa kononnya hasil kekayaan tu berpunca dari amalan rasuah serta sebagainya. Tapi, bila dah kena pada batang hidung diorang sendiri, tau pulak diorang nak mendiamkan diri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Jenis manusia yg suka cari salah org tpi salah sndiri tak mengaku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping