Khamis, November 17, 2016

Heh! Nampak gayanya, kemelut kepimpinan yang melanda PKR dibawah kepimpinan Wan Azizah tu semakin bertambah kronik dan menjadi kucar kacir dengan pendedahan yang dibuat terhadap 'Anak Ikan' Si Mak Lampir tu baru - baru ini.

Nak pulak apabila ada pihak tampil membuat dakwaan kononnya pendedahan itu didalangi oleh Rafizi yang menggunakan pihak ketiga, keempat atau kelima untuk menyebarkannya sehingga menjadi satu isu yang hangat diperkatakan.

Dalam aplikasi media sosial hari ini, seorang Ahli PKR Cabang Ampang tampil membuat pendedahan tersebut melalui surat terbuka yang dituju kepada Wan Azizah berhubung isu kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh 'Anak Ikan' Si Mak Lampir tu.

Antara lain, individu yang mendakwa dirinya sebagai Ahli PKR Ampang itu mendesak agar Wan Azizah segera menyelesaikan isu yang dibangkitkan bagi mengatasi kemelut yang sedang menjadi buah mulut dikalangan rakyat pada ketika ini.

Katanya, berita mengenai kerakusan Si Mak Lampir tu mengaut keuntungan daripada kontraktor - kontraktor serta pemaju perumahan bukannya perkara baru yang dibangkitkan. Bahkan ianya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lepas lagi.

Tetapi bagi pengikut Si Mak Lampir tu, apa yang berlaku sejak dua tiga hari kebelakangan ini sangat memalukan dan menyebabkan berlakunya pertikaman sesama sendiri seperti yang berlaku hari ini sehingga habis semua benda dilondehkan.

Dalam masa yang sama, Ahli PKR Ampang yang bernama Syafiq Bin Abdullah itu juga turut mendedahkan bahawa tindakan Si Rafizi tu dilakukan sebagai 'Membalas Dendam ' terhadap Zuraidah yang didakwa tidak mahu membantunya.
"Ya selama ini hubungan mereka berdua amat rapat ketika bersama membelasah Shahrizat Jalil dalam isu NFC. Ketika itu YB Pandan hari ini belum bergelar YB lagi.
"YB Pandan memanggil YB Ampang dengan gelaran Kak Zu. Manakala YB Ampang memanggil YB Pandan dengan gelaran Adinda Rafizi. Namun segalanya berubah selepas Langkah Kajang dan YB Azmin dilantik MB Selangor. 
"Mereka berdua bersama dalam isu NFC. Apabila disaman hanya YB Pandan seorang sahaja yang diheret ke mahkamah. YB Ampang mengambil sikap lepas tangan. Janji-janji manis untuk menolong yuran guaman hanya tinggal janji.
"Selepas tewas di mahkamah dalam isu NFC minggu lepas, YB Pandan telah menghubungi YB Ampang meminta bantuan kos yuran guaman dan kos mahkamah termasuk kos untuk memfailkan rayuan.
"YB Ampang mengambil sikap lepas tangan. Berang dengan tindakan YB Ampang membuatkan YB Pandan telah menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu untuk disampaikan kepada Jamal," jelas Ahli PKR Ampang itu dalam surat terbukanya kepada Wan Azizah.
Apa yang jelas, kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini terhadap kepimpinan PKR membuktikan bahawa parti itu sendiri berada dalam keadaan yang berkecamuk sehingga menyebabkan mereka berbalah sesama sendiri. Itu belum diorang dapat memerintah Negara lagi. Kalau dah dapat memerintah kelak, memang jahanam la jawabnya!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Ishhh x3... betul ke nie rafizi minta tolong bayar yuran peguam dan mahkamah? Sehari dua lalu Rafizi tulis nota bahawa dia sanggup berkorban dan ucap terima kasih kepada semua peguam-peguam beliau dari PKR yang memberi khidmat percuma. Nak percaya kat lawyer atau sotong kaki fitnah? La nie cakap Kakak kesayangan Rafizi lepas tangan......

    BalasPadam
  2. Siapa dalang lantak lah...persoalan nya...betul ke Istana tu si Adam punya..SPRM...tak kan le diam je..kekayaan si Zuraida & si Adam tu..apa hal nya...Kadang 2 heran juga kes kekayaan zuraidah dah lama dilapur kan..sampai sekarang sunyi sepi..Memang seronok menjadi pembangkang di M'sia ni..pemerintah takut nak ambil tindakan

    BalasPadam
  3. Bukan takut..tetapi dalam SPRM sendiri mungkin ada talibarut..mereka abaikan jika kena kepada pihak pembangkang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petualang negara..government bayar gaji depa hentam tapi pd masa yg sama depa jilat pembangkang..
      BARUA

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping