Khamis, November 17, 2016

Hahaha!!! Memang caca-marba betul parti yang sering kali mendakwa diri mereka sebagai golongan manusia yang 'Suci' dan 'Maksum' di Malaysia ni. Sampai tahap diorang boleh buat lawak Gila Babi memalukan diri sendiri sedemikian rupa.

Dok asyik berborak dengan seorang sahabat semalam, timbul pulak spekulasi mengatakan yang Si Anak Ikan Mak Lampir tu hanya sekadar dijadikan sebagai "Kambing Hitam" untuk menutup kemaluan Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini.

Kalau sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu terhimpit dengan kontroversi berkaitan dengan isu pengambil-alihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) yang didakwa telah menyalah-gunakan Dana Rakyat negeri tersebut.

Dalam laporan yang didedahkan sebelum ini, Si Menteri Besar itu didakwa telah membelanjakan sebanyak RM 2.7 billion Dana Rakyat bagi mengambil alih ekuiti syarikat tersebut sedangkan harga sebenarnya jauh lebih murah daripada itu.

Dek kerana terhimpit dengan kontroversi yang tidak diundang itu membuatkan Si Menteri Besar tu didakwa terpaksa mencari jalan keluar untuk melepaskan diri dari terus menjadi tumpuan rakyat terutamanya di negeri Selangor itu sendiri.

Bagi sesetengah pihak, kemunculan isu berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Anak Ikan Si Mak Lampir ni memberikan peluang untuk Si Menteri Besar Selangor tu bernafas dari terus dihujani dengan pelbagai persoalan.

Namun jika dilihat dari satu sudut, memang nampak macam tak masuk akal memandangkan hubungan Si Mak Lampir tu dengan Si Menteri Besar Selangor tu cukup rapat. Apatah lagi apabila mereka didakwa berada dalam kartel yang sama.

Nak pulak apabila ada yang membuat dakwaan dengan mengatakan bahawa kekayaan Si Mak Lampir itu sendiri pun adalah hasil kurnia Si Menteri Besar tu sebelum ini. Jadi, takkan Si Menteri Besar tu nak mengkhianati Si Mak Lampir tu pulak?

Tapi, yang dipersoalkan pada ketika ini melibatkan pemimpin dari parti yang memang terkenal dengan Pengkhianatan secara dalaman dan turut dikenali seluruh Negara sebagai sebuah parti yang suka berbalah sesama diri mereka sendiri.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Menteri Besar Selangor tu sehingga ke hari ini dilihat tidak berusaha untuk mempertahankan Si Mak Lampir tu dari terus diserang oleh pelbagai pihak yang tampil mempertikaikan isu berkaitan.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat hanya sekadar mendiamkan diri dari masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan imej 'Orang Kanannya' di Parlimen Ampang itu yang kian tercalar dan bertambah buruk pada ketika ini.

Pokok pangkalnya, tindakan berdiam diri dan lepas tangan yang ditonjolkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu terhadap isu yang menimpa Si Mak Lampir tu kini mula menjadi pertikaian dikalangan rakyat, termasuk ahli - ahli PKR diperingkat akar umbi.

Maka sebab itu ada yang buat spekulasi dan mendakwa kononnya Si Menteri Besar Selangor tu mengambil kesempatan mempergunakan isu berkaitan dengan kekayaan luar biasa anak buah Si Mak Lampir tu untuk melarikan diri dari kemelut kepimpinan yang melanda Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinannya sebelum ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping