Isnin, November 21, 2016

Wow!!! Hahaha!!! Hebat betul alasan yang diberikan oleh Si Anak Ikan Mak Lampir ni apabila dia terus terjerat dalam kontroversi yang melibatkan dirinya ekoran pendedahan berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimilikinya sebelum ini.

Sewaktu sesi media yang diadakan baru - baru ini, Si Anak Ikan Mak Lampir tu menyatakan bahawa dia tidak akan mendedahkan jenis perniagaan yang dijalankannya kerana takut perniagaannya itu tergugat dan merugikan dirinya.

Tapi apabila persoalan itu terus menjadi pertikaian hangat dikalangan rakyat, terutama pengikut - pengikut Pakatan yang menganggap kenyataan itu hanya sekadar satu langkah untuk menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang ramai.

Dalam perkembangan terkini, Si Anak Ikan Mak Lampir tu sekali lagi tampil membuat kenyataan menafikan bahawa dia merupakan proksi atau pun kroni kepada Si Menteri Besar Selangor tu dan kekayaan luar biasa miliknya itu adalah hasilnya sendiri.

Tambah melucukan ialah apabila Ketua AMK Cabang Ampang itu mendakwa yang dia memperolehi hasil kekayaan itu kerana dia bermula dari kecil menjual nasi lemak. Maka sebab itu dia mampu untuk memiliki harta dan kekayaan seperti itu.

Bagi seorang sahabat blogger, Cucu Tok Selampit menyatakan rasa terharu dengan pendedahan yang dibuat oleh Si Anak Ikan Mak Lampir tu. Rugi rasanya bbelanja beribu - ribu belajar tinggi - tinggi sedangkan jual nasi lemak pun boleh jadi kaya.
"Terharu CTS mendengar penjelasan Adam Rosly. Buat rugi rasanya belajar penat-penat, belanja berjumlah puluhan ribu sampai penuh sijil dalam fail, kerja berpuluh tahun kalau hidup biasa-biasa saja.Kalau tahu, sudah lama CTS jual nasi lemak sebelum ini. Dapat merasa rumah ala 'Disneyland' dan memandu kereta mewah.
"Katakan harga jualan setiap bungkus nasi lemak secara purata adalah RM3.00, tolak modal RM1.00, dapat untung RM2.00. Untuk mendapat untung bersih RM1.0 juta, kena jual 500,000 bungkus nasi lemak.Kena jual 1,370 paket nasi lemak setiap hari untuk setahun barulah boleh menjadi jutawan seperti Adam Rosly. itupun segala keuntungan tidak boleh dibelanjakan dan perlu disimpan," jelas blogger tersebut.
Dari satu sudut, tak pelik kalau betul Si Anak Ikan Mak Lampir tu boleh memiliki kekayaan luar biasa hasil perniagaan menjual nasi lemak seperti mana yang didakwanya. Sedangkan orang kumpul besi buruk pun boleh pakai kereta mewah.

Tapi yang herannya, sedap sangat ke nasi lemak dia tu sampai boleh jual sebanyak 500 ribu bungkus setahun? Kot kalau boleh jual sebanyak itu pun, takkan pulak dia tak belanjakan lansung duit hasil yang diperolehi? Sedangkan awek yang jual Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam tu pun takde memperolehi kekayaan seperti Anak Ikan Si Mak Lampir tu!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Semut kau apa tahu dia jual nasi lemak lain satu kali pegang bayar RM50 kau bayangkan ler dalam sehari berapa dia boleh dapat 24 jam x RM50 kayo. Oooo.... Faham2 jer lah kalau bos dia buat ice cream boleh beli ferarri takkan dia buat nasi lemak tak boleh beli banglo disnyland

    BalasPadam
  2. Susah sangat sangat setakat jual nasi lemak dah boleh kaya raya tahap millionaire, bukan iri hati tapi macam ada sesuatu yg tak kena. Di Malaysia ni mana boleh sorok2 terutama kalau berkaitan dg business orang2 Melayu ni. Kalau la ada yg dah jadi millionaire dg jual nasi lemak saja (selain dari budak inilah) dah jadi public figure dia. Tengok towkey D'herb,Q Putih, Sendayu Tinggi, Fareeda, mana boleh sembunyi.
    Ini tidak, bila orang dah bongkar baru cakap jual nasi lemak... hairan bin ajaib betul.

    BalasPadam
  3. Haha, Selangor dengan Nasi Lemak berpisah tiada..

    BalasPadam
  4. Wahhh..nasi lemak yg mana satu ni bro..
    Hahaha..

    BalasPadam
  5. nasi lemak mak lampir... bungkus besar harga mahal... tu pasal blh jadi jutawan...ahli2 pkr kan ker amanah, telus lagi maksum... tak main rasuah2 ni bro semut...

    BalasPadam
  6. Ahli PKR cakap apa pun semua orang percaya. Seminggu 2 semua orang lupa. Tiada siapa nak siasat. Orang UMNO belum sempat bagi jawapan SPRM dah tercegat depan pintu rumah. Tak payah buat repot pun.

    BalasPadam
  7. Hahaha.. si adam rosly bahlol ni sedang membodohkan pencacai pembangkang yang dah sememangnya bodoh.. sebab tu pencacai2 tu diam je sambil telan taik.. hahaha.. ape boleh buat.. maksum la katakan.. hahaha.. bodoh!!!

    BalasPadam
  8. Please commentsend PKR...ttg dato Disneyland ni..Heee...memalukan...jual nasi lemak...AYAH KAU...kalau ye pun bodoh jgn tunjuk kat org...Allah laknati kamu satu keluarga...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping