Selasa, November 29, 2016

Aduh!!! Baik sangat la pulak Menteri UMNO ni ye tak. Kalau dah semuanya nak diselesaikan kat luar mahkamah, baik tak payah ambik tindakan sebelum ini. Tak payah la nak kecoh sangat kata dia nak tuntut keadilan dan sebagainya.

Asal saman je, selesai luar mahkamah. Asal saman je, buat mediasi. Walaupun sebelum ini Menteri tu kata dakwaan yang dibuat oleh puak yang tak bertangungjawab tu mencemar imej dia, tapi bila selesai luar mahkamah ni, apa bezanya?

Balik - balik nanti diorang akan buat benda yang sama juga. Sebab diorang tau, kalau ada Menteri UMNO yang ambik tindakan, dah tentu ianya akan diselesaikan diluar mahkamah. Jadi, diorang tak perlu takut sangat buat laporan yang bukan - bukan.

Dan disebabkan itu, media yang Pro Pakatan Haprak ni suka buat laporan yang memfitnah pihak Kerajaan yang melibatkan pemimpin - pemimpin UMNO terutamanya. Diorang tak takut nak buat semua tu sebab pemimpin UMNO sendiri penakut.

Kalau kena pada pemimpin Pakatan Haprak tu, mau sampai bangkrap dikerjakannya. Nak pulak kalau dengan pihak media. Mau sampai beratus - ratus ribu diorang ambik tindakan terhadap pihak yang terbabit. Tapi dengan Menteri UMNO? Lemah Syahwat rupanya!!! Setakat tunjuk garang je, baik tak payah. Buang masa je!!!
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini menyelesaikan secara baik tuntutan samannya terhadap pemilik portal Malaysiakini dan wartawannya kerana memetik kenyataannya di luar konteks dalam satu artikel dan video.
Kes saman itu adalah berhubung artikel dan video bertajuk ‘Minister’s go-back-kampung notion draws contempt’ yang disiarkan portal berita berkenaan pada 6 November 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata proses mediasi di antara kedua-dua pihak di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan berjaya.
Penghakiman persetujuan direkodkan dalam kamar pesuruhjaya yang turut dihadiri Rahman dan peguamnya Datuk M Reza Hassan serta Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan peguamnya K Shanmuga.
Reza berkata antara terma persetujuan penyelesaian kes itu ialah Mkini Dotcom Sdn Bhd selaku defendan akan menyiarkan kenyataan penjelasan dalam portalnya dalam tempoh masa terdekat.
Rahman dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 13 Januari lalu menyatakan artikel dan video itu berbeza dengan kenyataan asalnya ketika sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, pada 3 November 2015.
Beliau yang pada ketika itu menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan berkata artikel dan video itu manipulasi terhadap kenyataannya dan bertujuan menjatuhkan maruahnya.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping