Selasa, November 29, 2016

Nampak gayanya, DAPigs memberi isyarat bahawa parti itu belum 'mengiktiraf' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sekutunya apabila tidak menjemput parti baru itu untuk menghadiri persidangan mereka pada 4 Disember depan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ianya secara tidak langsung juga memberi satu persepsi bahawa semangat persepakatan dan kesepaduan di antara pembangkang masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
"Walaupun mereka masih belum secara rasmi menjadi rakan komponen Pakatan Harapan (PH), namun saya kira apa salahnya menjemput bagi menunjukkan sebenarnya wujud kesepaduan (dalam pembangkang).
"Signal yang boleh kita baca apabila PPBM tak dijemput, pertama, mereka masih lagi tak mempercayai PPBM satu parti yang relevan dengan ideologi PH itu sendiri. Kedua, mungkin mereka tak melihat bahawa PPBM akan bersama-sama PH walaupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)," katanya kepada Antarapos.
DAPigs bagaimanapun hanya menjemput rakan komponennya dalam Pakatan iaitu PKR dan PAN ke persidangan mereka hujung minggu depan. Setiausaha Organisasi DAPigs berkata tindakan itu diambil kerana menganggap PPBM bukan sebahagian dari Pakatan.

Dalam pada itu ujar pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu lagi, kecenderungan PPBM yang dilihat 'mesra' PAS juga mungkin menjadi diantara faktor penting kepada keraguan DAPigs itu.
"Dalam konteks PPBM, kita juga melihat mereka ini ada kecenderungan untuk bekerjasama dengan PAS. Kalau dilihat beberapa kenyataan dan tindakan Muhyiddin yang bersama pemimpin PAS. Mungkin ini antara signal DAP bahawa itu adalah perkara yang mereka tidak diinginkan," katanya. 
Kenyataan itu merujuk kepada tindakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang sebelum ini pernah berada sepentas bersama dengan PAS dalam program Himpunan Harapan Semua di Terengganu, anjuran parti itu September lalu.

Muhyiddin baru-baru ini juga mengambil pendekatan untuk menangguhkan majlis memeterai perjanjian penyertaan PPBM dalam Pakatan ketika konvensyen kali pertama gabungan berkenaan pada 12 November lalu yang menimbulkan kontroversi.

Pokok pangkalnya, DAPigs masih lagi mempunyai masalah penerimaan terhadap PPBM. Nak pulak apabila ahli parti itu sendiri melabelkan Tun Mahathir sebagai Bapa Ayam dan mendakwa masih ramai ahli DAPigs yang curiga terhadapnya.

Bahkan kata seorang Perwakilan DAPigs Pulau Pinang sebelum ini, majoriti ahli DAPigs masih tidak dapat menerima Tun Mahathir memandangkan Bekas Perdana Menteri itu pernah menjadikan DAPigs sebagai Musuh Utamanya sebelum ini. Jadi, bagaimana mungkin DAPigs dapat menerima parti yang turut diterajui oleh Tun Mahathir secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping