Rabu, November 30, 2016

Heh! Baru 10 hari kena tahan dalam lokap Si Maria ni dah meroyan macam orang hilang akal? Nampak sangat yang dia masih belum layak untuk digelarkan sebagai seorang pejuang kalau benda macam tu pun dah boleh buat dia merengek.

Kalau nak dibandingkan dengan orang yang pernah ditahan dibawah Akta ISA sewaktu zaman pemerintahan Tun Mahathir, tindakan yang dikenakan ke atas Si Maria tu jelas umpama 'Langit dengan Bumi'. Takat 10 hari, takde rasa apa pun.

Itu pun kira nasib baik jugak dia masih lagi diberi makan dan minum sewaktu dalam tahanan serta dibebaskan dalam keadaan yang sihat wal afiat. Tidak seperti mana yang digambarkan oleh puak Pakatan Haprak tu selama dia kena tahan.

Baru masuk lokap 10 hari tanpa sebarang tingkap atau lubang kecil pun dia dah merengek macam budak kecik. Pun masih ada lagi orang nak angkat Si Maria ni sebagai seorang pejuang? Memang memalukan sungguh perangai yang ditonjolkan.

Kalau dilihat dari kenyataan yang telah dibuat oleh Si Maria tu semalam, nampak sangat yang dia sedang mencuba untuk menagih sokongan simpati dari kalangan rakyat serta memberi gambaran buruk terhadap pihak berkuasa di Malaysia.

Antara lain yang menjadi rungutan Si Maria ni ialah mengenai keadaan bilik tahanan yang didakwa tidak mempunyai sebarang tingkap untuk dia mengetahui sama ada ianya waktu siang atau pun malam. Itu pun boleh dianggap sebagai pengalaman pahit?
“Tiada tingkap atau lubang dalam bilik itu. Apabila saya tinggalkan sel itu, ada gogal besar hitam dan gari, jadi saya tidak tahu di mana saya berada.
“Bilik itu ditutup sepenuhnya, jadi anda tidak tahu sama ia adalah siang atau malam apabila anda bangun,” katanya.
Mungkin itu salah satu agenda yang telah direncanakan oleh pihak yang memberi tajaan kepada dia sebelum ini. Mungkin itu skrip yang sudah disediakan untuk dijadikan modal Politik Murahan puak penaja Bershit yang Pro Yahudi tu.

Setidak - tidaknya, pihak berkuasa yang membuat tahanan terhadap dia masih lagi bersifat perikemanusiaan dan memenuhi tuntutan yang diminta. Walaupun tidak semua, tapi ada jugak yang dipenuhi. Paling tidak, dia dapat Al-Qur'an untuk dibaca.

Apa yang pasti, penahanan yang dibuat terhadap Pengerusi Bershit tu bukannya salah orang lain. Tapi salah diri dia sendiri yang sanggup menjadi Boneka puak - puak Pakatan Haprak tu. Dia sendiri yang cari penyakit, siapa suruh!!!

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Maria Chin ni hanya sekadar satu langkah untuk memburukkan pihak Kerajaan semata - mata. Jadi, memang patut sangat la Presiden Perkasa memperlekehkan tindakan sesetengah pihak yang buat solidariti terhadap penahanan Si Maria tu sebelum ini. Jelas, semuanya hanya membuang masa je!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Bila Maria ni nak didakwa kerana menjadi talibarut asing untuk menjatuhkan negara?

    BalasPadam
  2. Itu belum Lebam mata ...zaman tun..dalam lokap dah lebam mata...

    BalasPadam
  3. Klu dah pejuang tak payah la nak bising pasal bilik gelaplah, siang malamlah. Berani buat berani tanggung la...itu baru pejuang.

    BalasPadam
  4. Berani buat berani tanggung la ah so...ISLAM itu indah..lu jangan kasi rosak Islam maaaa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping