Jumaat, November 11, 2016

Heh! Memang betul - betul Hiprokrit sikap Si Menteri Besar Selangor ni rupanya. Dah la dia yang buat tuduhan terhadap Si Khalid Ibrahim tu, lepas tu pandai pulak dia panggil orang lain untuk menjadi saksi bagi mengukuhkan tuduhan yang dibuat.

Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila Si Menteri Besar Selangor halang pulak orang yang dituduh tu dari menjelaskan perkara sebenar didalam sidang Dewan dengan mempergunakan kuasa yang ada pada pihak Speaker DUN.

Kalau kita kata Si Menteri Besar Selangor ni BODOH, ada pulak yang meroyan tak tentu arah nanti. Tapi apa yang pasti, tindakan yang telah dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor ni jelas hanya sekadar mahu memperbodoh - bodohkan rakyat.

Dalam kenyataan semalam, Si Menteri Besar Selangor tu tampil membuat kenyataan dengan menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat terhadap Khalid Ibrahim sebelum ini adalah benar dan ianya disahkan oleh Bekas Setiausaha Negeri.
"Pagi ini saya mendapat pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu Datuk Seri Ramli Mahmud yang mengesahkan itulah keputusan yang dibuat oleh Khalid ketika itu untuk menawarkan RM2.97 bilion kepada SPLASH. Ini patut dia jawab," katanya kepada pemberita di lobi DUN hari ini.
Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Menteri Besar Selangor ni cuba nak melarikan dari dari menjawap persoalan sebenar yang menjadi kontroversi pada ketika ini dengan menunding jari serta membuat tuduhan terhadap Khalid Ibrahim tu.

Isunya sekarang bukan sama ada Si Khalid Ibrahim tu pernah buat tawaran sebanyak RM 2.97 billion untuk mengambil alih ekuiti SPLASH sewaktu dia menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini. Jelas, itu bukan persoalan yang dibangkirkan.

Tapi sebaliknya, persoalannya sekarang, berapa banyak Dana Rakyat yang telah dibelanjakan oleh Rejim Pakatan Selangor dibawah kepimpinan Si Azmin selaku Menteri Besar pada ketika ini untuk ambik alih ekuiti dari syarikat tersebut?

Jika diimbau kembali, salah satu tuduhan yang dilemparkan PKR sewaktu melaksanakan agenda Langkah Kajang sebelum ini, pengambil alihan ekuiti itu juga turut dibangkitkan dengan dakwaan kononnya Khalid Ibrahim ni membazirkan duit rakyat.

Sekarang bila Si Azmin tu ambik alih, berapa banyak pulak Dana Rakyat Selangor telah dihabiskan untuk mengambil alih ekuiti syarikat air tersebut? Kenapa ianya mencecah hampir sebanyak RM 2.7 billion sedangkan harga asalnya lebih murah?

Sekarang ni Si Azmin tu yang pegang kuasa. Dia yang menjadi Menteri Besar. Jadi kenapa dia masih nak mempersoalkan tawaran yang telah dibuat oleh Si Khalid Ibrahim tu? Bukan Khalid Ibrahim tu yang jadi Menteri Besar sekarang ni.

Itu persoalan yang perlu dijawab oleh Si Azmin ni. Pokok pangkalnya, sebagai seorang Menteri Besar, Si Azmin ni kena belajar untuk bersikap JUJUR dengan rakyat. Bukannya bermain Politik Retorik dengan membuat tuduhan terhadap orang lain demi untuk menutup pembaziran Dana Rakyat yang telah dilakukannya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping