Rabu, November 09, 2016

Herankan? Ramai jugak yang tertanya - tanya dan mempersoalkan kenapa puak Pakatan Haprak tu lebih cenderung mengambil pendekatan yang Hipokrit apabila membicarakan mengenai isu dana kewangan dari luar seperti yang didakwa?

Jika sebelum ini, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu membangkitkan isu berkaitan dengan Dana Kewangan dari Kerajaan Arab Saudi yang didakwa telah diberikan kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM 2.6 billion tu.

Dalam dakwaan yang dijaja, puak Pakatan Haprak tu membuat tuduhan kononnya duit sebanyak RM 2.6 billion itu telah dicuri dari syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1MDB yang dikatakan turut melibatkan duit rakyat secara terang - terangan.

Namun apabila pihak Kerajaan Arab Saudi sendiri memaklumkan bahawa memang mereka yang memberikan duit tersebut sebagai hadiah kepada Kerajaan Malaysia, ramai jgak puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal.

Tapi apabila isu berkaitan dengan dana kewangan puak Pakatan Haprak tu didakwa berasal dari pihak Yahudi yang tegar menyokong Rejim Zionist Israel, pandai pulak diorang nak bermain wayang dan cuba mengelak dari menjawab isu tersebut.

Bahkan puak Pakatan Haprak tu tanpa segan silu mengakui bahawa mereka menerima dana kewangan dari pihak yang Pro Yahudi Israel itu untuk melaksanakan agenda menggulingkan pihak Kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini.

IRONIKnya, dalam penjelasan mengenai Dana RM 2.6 billion yang dibuat sebelum ini, pihak Kerajaan Arab Saudi sendiri menyatakan bahawa pemberian itu dibuat berdasarkan kepada komitmen pihak Kerajaan menyokong Negara - Negara Arab.

Namun penjelasan itu tidak diterima oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri. Malah ada yang mendakwa kononnya alasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Arab Saudi itu sebagai satu alasan yang tak masuk akal. Katanya, orang gila je bagi duit sebanyak itu.

Tapi apabila pendedahan dibuat mengenai dana kewangan Yahudi yang diterima oleh puak Pakatan Haprak tu dibangkitkan, orang yang menuduh Kerajaan Arab Saudi tu 'Gila' pun tak berani nak sersuara. Sebaliknya, dia hanya mendiamkan diri.

Itu menunjukkan betapa Hipokritnya sifat puak Pakatan Haprak ni walaupun bagi seorang pemimpin yang baru berjinak - jinak dengan mereka dan dilihat mudah terpengaruh dengan dakyah pembohongan yang telah disebarkan sebelum ini.

Pokok pangkalnya, dana kewangan yang diterima oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM 2.6 billion tu tidak sama dengan dana kewangan yang diterima oleh puak Pakatan Haprak tu dari pihak Pro Rejim Zionist Israel. Dana kewangan dari Arab Saudi tu untuk pembangunan rakyat, bukannya nak menjahanamkan Negara!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Memang puak haprak macam tu. Apa yg org lain buat salah. Tpi apa yg sia buat betul. Ringkasnya depa ni bangang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping